Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Akhirnya.. Scha Dedah Gambar...

Seperti diketahui umum, pasangan ibu bapa baru Awal Ashaari dan Scha Al Yahya...

Lagi Kes Pelajar Tahfiz...

SELEPAS kejadian adik Thaqif, sekolah tahfiz sekali terpalit dengan isu panas apabila seorang...

Pyongyang Beri Amaran Kepada...

NEW YORK - Penyertaan tiga pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat (AS) dalam latihan...

Puteri Mahu PTPTN Dibuka...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO mahu pembiayaan pendidikan di bawah Perbadanan Tabung...

Anggota APM Selamatkan Mangsa Banjir Di Melaka

JASIN – Enggan berpindah kerana hendak jaga rumah, tidak percaya air naik ke paras bahaya dan khuatir barang dicuri merupakan antara alasan sering diberikan mangsa banjir apabila diarah berpindah ketika bencana  banjir di negeri ini baru-baru ini.

Namun itu hanyalah sebahagian daripada cabaran yang perlu dihadapi anggota Angkatan  Pertahanan  Awam Malaysia (APM) dalam memastikan keselamatan mangsa banjir dan menegaskan akan tetap cekal memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Badrul Aiman Azmi, 20, yang baharu melaporkan diri sebagai anggota APM bulan lepas hanya tersenyum menceritakan pengalaman kali pertama menyelamatkan mangsa banjir di daerah ini.

“Walaupun berdepan dengan pelbagai ragam masyarakat, saya menganggap cabaran dan ujian ini sebagai guru terbaik bagi saya dalam melaksanakan tanggungjawab anggota APM dengan memberi fokus kepada aspek segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang memerlukan,” katanya kepada  Bernama di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan penduduk di negeri ini agar mengikut arahan pasukan keselamatan di samping berwaspada dengan ancaman ketika mengharungi air banjir termasuk kemunculan binatang berbisa seperti ular atau kawasan longkang serta parit yang dilitupi air.


Pegawai APM di Masjid Tanah, Alor Gajah dekat sini Abdul Hadi Baharom, 32, meminta agar masyarakat sentiasa bekerjasama dengan anggota APM dalam menghadapi bencana banjir di negeri ini.

“Saya juga berharap agar penduduk turut membantu anggota penyelamat bagi memindahkan barangan berharga dan dokumen penting ke tempat yang lebih selamat.

“Ini kerana saya yakin jalinan kerjasama yang baik antara agensi penyelamat dan masyarakat secara tidak langsung memudahkan lagi operasi membawa mangsa ke tempat perlindungan,” katanya yang telah berkhidmat selama tujuh tahun dengan  APM. – BERNAMA

Kategori