Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sabah Timbang Tarik Balik...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan menimbang untuk menarik balik pengharaman bot pam...

Pelbagai Warisan Orang Asli...

IPOH - Masyarakat Orang Asli di negara ini bukan sahaja terkenal dengan pelbagai...

Ben Nathan Jalani Pemeriksaan...

KUALA LUMPUR - Penyanyi era 1980-an, Ben Nathan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur...

Tian Chua Bertanggungjawab Pertemuan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Seorang Anggota Bomba Maut Kereta Rempuh Kren

KUALA LANGAT – Seorang anggota bomba maut apabila kereta yang dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah kren di Kilometer 12 Jalan Bukit Changgang-KLIA menghala ke Banting, petang semalam.

Mangsa, Mohd Zulkhairul Harun, 41, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami kecederaan parah akibat kejadian yang berlaku kira-kira 7.25 malam itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Azizan Tukiman berkata kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Persona yang dipandu mangsa melanggar bahagian belakang kanan kren yang diletakkan di tepi jalan kerana mengalami kerosakan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada 9.15 malam akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azizan, ketika kejadian jalan raya tersebut berada dalam keadaan baik. – BERNAMA

Kategori