Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Banjir: Bantuan Wang Hampir...

KOTA KINABALU - Sejumlah hampir RM1 juta yang berjaya dikutip akan diagihkan kepada...

David Beckham Dikecam Cium...

MUNGKIN David Beckham tidak menyangka sama sekali perkongsian gambarnya mencium bibir anak perempuan...

PPM KK Rampas Rokok,...

KOTA KINABALU - Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu merampas 22,790 bungkus rokok...

Mahathir Sahkan Ada Bertemu...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan sudah bertemu dengan beberapa...

Anggota Polis Maut Ditetak, Ditembak Di Balai Polis

SHAH ALAM – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dipercayai ditembak di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya dekat sini awal pagi Khamis.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Valentino Mesa merupakan petugas di kaunter pertanyaan balai polis berkenaan (gambar atas) ditemui mati kira-kira pukul 3.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pasukan Unit Forensik Selangor turut menemui kesan tetakan ke atas tubuh mangsa.

“Siasatan sedang dijalankan di lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat sebenar dan motif kes. Sidang media akan diadakan di lokasi oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor,” katanya kepada BH.

Pada 18 Ogos lalu, seorang anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap Bukit Aman, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, mati ditembak di Taman Sri Hosba, Changlun, Kedah.

Dalam pada itu, Mazlan ketika ditemui pemberita mengesahkan bahawa mangsa yang berasal dari Sarawak serta sudah berkahwin tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dan kerja.

Siasatan awal mendapati mangsa yang sudah tujuh tahun berkhidmat bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak mempunyai masalah dengan individu lain.

Beliau berkata, kejadian itu hanya disedari anggota Unit Peronda (MPV) pada 3.25 pagi, ketika mereka pulang ke balai selepas selesai melakukan tugas rondaan kawasan.

“Anggota MPV terbabit mendapati keadaan balai ketika itu adalah gelap sebelum mereka membuka lampu dan kemudian menemui mangsa berada dalam keadaan tertiarap.


“Mangsa maut di tempat kejadian dengan kesan tembakan di badan dan beberapa tetakan di belakang kepala,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pinggiran USJ, hari ini.

Mazlan berkata, terdapat saksi yang terdengar bunyi letupan pada kira-kira jam 2.40 pagi namun menyangka ia bunyi mercun sambutan ambang kemerdekaan.

“Maklumat saksi daripada orang awam itu mengatakan terdengar bunyi letupan namun tidak memaklumkan kepada polis kerana menganggap ia sekadar bunyi mercun.

“Kawasan balai polis tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) namun polis kini sedang berusaha untuk mengesan CCTV di kawasan sekitar balai,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya percaya mangsa ditembak dengan menggunakan pistol milik anggota itu sebelum senjata api tersebut kemudian dilarikan penjenyah.

“Siasatan juga mendapati kemungkinan besar mangsa ditembak menggunakan pistol miliknya. Siasatan berhubung kejadian terus dijalankan bagi menjejaki suspek,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori