Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Suami Datuk Vida...

BERITA perceraian jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) dan suaminya Fairuz Ahmad menggemparkan...

Daesh: Pesara Guru Mengaku...

KUALA LUMPUR - Seorang pesara guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat, Kelantan...

Hajat Azrel Berlakon Dengan...

PELAKON Azrel Ismail tidak menyangka impiannya untuk berlakon di samping Remy Ishak tercapai...

Pasar Chowrasta Akhirnya Dibuka...

GEORGE TOWN - Pasar berusia 126 tahun yang sinonim dengan warisan Pulau Pinang,...

Anti-Ateis: AS Senarai Saudi Halang Kebebasan Agama

PASUKAN Donald Trump memulakan serangan terbaharu dengan mengkritik Arab Saudi sebagai negara yang menghalang kebebasan agama berikutan langkah Riyadh menentang penyebaran Ateis.

Kenyataan Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson dilihat satu tamparan hebat terhadap hubungan Washington-Riyadh kerana kritikan itu disuarakan pemimpin kanan dalam kabinet Trump.

Tillerson turut menyenaraikan Bahrain, juga sekutu utama AS di Asia Barat sebagai negara yang menghalang proses kebebasan beragama dan input tersebut disenaraikan sebagai rekod 2016.

Kritikan itu disusuli dengan amaran mengingatkan Arab Saudi dan Bahrain agar mengambil langkah lebih terbuka mengenai dasar kebebasan beragama.

Tillerson merujuk pada hukum jenayah murtad yang dikenakan kedua-dua negara terhadap pengikut ateis serta tindakan keras terhadap pengkritik Islam termasuk layanan terhadap minoriti Syiah.

Washington merujuk pada amalan Arab Saudi yang menggunakan undang-undang antikeganasan yang diperluas penguatkuasaannya termasuk terhadap pengamal ateis.


Walaupun AS bekerjasama dengan Arab Saudi dalam kempen memerangi keganasan, Tillerson membantah dasar Riyadh yang turut melaksanakan undang-undang antikeganasan melangkaui kumpulan pengganas.

April lalu, dalam lawatan ke Riyadh, Trump berjaya mendapatkan sokongan Arab Saudi dalam kempen memencilkan Iran. Malah, Arab Saudi dan AS menandatangani perjanjian pembelian senjata bernilai USD110 bilion.

Tillerson mengemukakan kritikan itu ketika membentangkan laporan Jabatan Negara mengenai kebebasan beragama 2016. Pembentangan ini satu amalan seperti dituntut Akta Kongres 1998. – MYNEWSHUB.CC

Kategori