Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Terkilan Tiada Lagi...

KESAL... Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dapat meraikan...

Kanak-Kanak Lemas Dipercayai Jatuh...

IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam...

Hukuman Penjara Kekal 5...

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengumumkan hukuman penjara 5 tahun ke atas penasihat...

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah...

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pingat Sukan SEA 29

TINGGAL sehari lagi temasya sukan dwitahunan Sukan SEA 29 yang diadakan di Malaysia bakal melabuhkan tirainya. Semalam, misi 111 pingat emas telah berjaya dicapai menerusi acara pecut lumba basikal individu.

The Pocket Rocketman Malaysia, Azizulhasni Awang berjaya merealisasikan misi itu malam tadi. Namun, pernah tak terlintas dalam fikiran siapa yang bertanggungjawab mereka dan menghasilkan pingat itu?

Untuk musim kali ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah bekerjasama dengan pakar pembuatan barangan logam Royal Selangor untuk menghasilkan item yang menjadi buruan lebih 8,000 atlet yang bertanding.

Royal Selangor juga bertanggungjawab sepenuhnya dalam penghasilan dan rekaan setiap pingat bagi memastikan kualitinya dalam keadaan yang terbaik.

Pingat-pingat Sukan SEA KL2017 ini telah direka khas menggunakan bahan timah dan kayu kempas. Kalau perasan, disekeliling logo itu diletakkan kayu kempas yang berlainan warna mengikut jenis pingat.

Setiap pingat direka dengan permukaan melengkung yang disaluti badan kayu. Bahagian tepinya pula diperbuat daripada pewter yang disadur dengan emas atau tembaga mengikut warna dan jenis pingat.

Untuk mengekalkan kualiti dan juga warna asalnya, kayu yang menjadi tapak logo Sukan SEA 29 telah diawet dengan minyak.


Pingat-pingat yang dihasilkan mempunyai berat 140 gram manakala diameternya pula berukuran 80mm x 11mm.

Bukan itu sahaja, Royal Selangor juga diberi privilege untuk mereka obor rasmi dan replika baton KL2017. Obor yang berbentuk segitiga itu memberi maksud kepada kekuatan dan perpaduan.

Menurut laporan sebuah portal online, Royal Selangor juga bertanggungjawab mereka bentuk trofi dan pingat untuk kejohanan besar seperti Sukan SEA 2001, Sukan Komanwel 1998 dan banyak lagi.

Yang menariknya, Royal Selangor turut mengeluarkan replika koleksi-koleksi pingat, baton, obor dan juga maskot Rimau pada tahun ini. Kepada yang ingin membelinya, jangan lupa singgah ke Royal Selangor. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori