Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

PH Tumbang Sebelum Sempat...

PETALING JAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah bersetuju untuk melaksanakan pengecualian bayaran...

Worldwide Holdings Berhad Korban...

KEPATUHAN kepada perintah Allah bukan setakat mengorbankan hartanya, malah jiwa sekali apabila ia...

Jangan Beban Murid Dengan...

KUALA TERENGGANU - Buku teks yang disediakan Kementerian Pendidikan untuk pembelajaran murid sudah...

Enam Bulan Job Melayang,...

ORANG lain buat salah, orang lain pula yang kena tempias sampai periuk nasi...

APMM Kuala Kedah Tahan ‘Bot Tangguk Siput’

ALOR SETAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah hari ini menahan sebuah bot nelayan kelas A jenis ‘bot tangguk siput’ kerana melanggar syarat lesen.

Pengarah Maritim Pangkalan Kuala Kedah Lt. Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor berkata pihaknya mengesan bot nelayan yang mencurigakan berkenaan pada 2.15 pagi sebelum berjaya menahan bot terbabit lima minit kemudian.

“Bot ditahan pada jarak 0.5 batu nautika timur Pulau Bunting, Yan dan hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut telah melakukan kesalahan dengan melanggar syarat lesen kerana beroperasi di luar waktu yang ditetapkan.

“Jabatan Perikanan cuma membenarkan mereka beroperasi dari 6 pagi hingga 6 petang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Kamal berkata pihaknya turut menahan tiga lelaki warga tempatan berumur 41 hingga 49 tahun yang bekerja di atas bot terbabit.


“Kami turut merampas 10 kilogram hasil tangkapan daripada bot terbabit sebelum membawanya ke jeti Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk siasatan. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya. – BERNAMA

Kategori