Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Peniaga Pasar Tani...

PASIR SALAK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan tiada peniaga...

Erdogan Gesa Negara Islam...

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan lagi keperluan untuk negara-negara Islam anggota Pertubuhan...

Gadis Malaysia ‘Histeria’ Jumpa...

UMUM mengetahui Sukan SEA edisi kali ini disertai bukan sahaja daripada atlet biasa,...

Sumber Dedah QSR Cadang...

QSR Brand (M) Holdings (QSR) dipercayai merancang menjual dua rangkaian restoran makanan segera...

APMM Rampas Wang Hampir RM4 Juta

KUALA TERENGGANU – Seorang nakhoda kapal bersama enam kru diberkas bersama wang tunai bernilai hampir RM4 juta susulan penahanan sebuah kapal di perairan Kemaman.

Rampasan wang tunai itu merupakan yang terbesar dilakukan Maritim Malaysia setakat ini.

Menerusi kenyataan hari ini, Pegawai Memerintah KM Pekan, Kapten Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata kapal yang tidak memiliki nombor pendaftaran itu ditahan pada kedudukan lebih kurang 126 Batu Nautika dari Kuala Kemaman pada 21 Ogos lalu.

Katanya dalam rondaan sekitar pukul 4.15 petang itu, kapal berkenaan telah cuba melarikan diri dengan meningkatkan kelajuan namun berjaya dipintas.

“Hasil pemeriksaan terhadap kapal kapal tersebut mendapati tujuh kru tidak mempunyai sebarang dokumen. Turut ditemui ialah sejumlah wang tunai dalam pelbagai mata wang dengan nilai yang banyak. Wang tunai tersebut disyaki hasil daripada aktiviti haram,” katanya.


Kesemua yang ditahan berusia antara 22 hingga 62 tahun, dipercayai warga Thailand dan mereka akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 serta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

Penahanan kru dan kapal itu dilakukan menerusi Operasi Perkasa Timur dan Operasi Marikh melibatkan pemantauan pelbagai aktiviti penyeludupan minyak di laut. – BERNAMA

Kategori