JOHOR BAHRU – Seramai 18 individu termasuk 14 pemancing diselamatkan Maritim Malaysia (APMM) apabila bot pancing yang membawa kesemua mereka karam berdekatan Jeti Wakaf Abu Bakar Maritime Base Sabtu lepas.
Timbalan Pengarah Operasi DM7, Komander Maritim Mohammad Othman berkata bilik Operasi Maritim DM7 Tanjung Sedili telah menerima panggilan kecemasan lebih kurang pukul 4.10 petang mengenai kejadian dan terus bergegas ke lokasi kejadian yang terletak lebih kurang 0.2 batu nautika dari jeti berkenaan.
“Kesemua kru bot dan pemancing berada dalam keadaan selamat. Semua pemancing kemudiannya dibawa ke Jeti KD Sultan Ismail (KDSI) dan dibenarkan pulang,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kesemua mangsa yang selamat adalah lelaki berusia antara 33 dan 51 tahun. – BERNAMA