Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Senarai Jawatankuasa Pusat MCA...

KUALA LUMPUR – Berikut senarai barisan kepimpinan MCA 2018-2021 selepas pemilihan parti semalam. Presiden:Datuk...

LHDN: 16 Syarikat, 15...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 31 pembayar cukai terdiri daripada 16 syarikat dan 15 individu...

Jangan Anggap MCA, Gerakan...

KUALA LUMPUR - Gerakan dan MCA tidak mengamalkan kaedah ‘zero-sum game’ iaitu siapa...

Sambutan Hebat, Samsung Galaxy...

KUALA LUMPUR - Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd akan menambah semula stok telefon...

APMM Tahan Sebuah Kapal Kargo Di Perairan Miri

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 10 kru sebuah kapal kargo yang membawa pelbagai jenis kenderaan di perairan Miri dalam Operasi Permai pada 10.27 malam Rabu lepas.

Pengarah Maritim Miri Kapten Mohamad Fauzi Othman berkata, kapal yang didaftarkan atas nama Tuong King II ditahan di 9.5 batu nautika dari Bakam dengan membawa muatan enam kenderaan berat, dua kenderaan pacuan empat roda, sebuah Toyota Camry, sebuah kereta Myvi dan botol arak tanpa isi.

“Kesemua 10 kru kapal berumur 19 hingga 58 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya lagi, kru kapal terbabit terdiri daripada dua warganegara Indonesia, tiga warganegara India dan lima rakyat tempatan.


Beliau berkata, kapal kargo itu disyaki mempunyai dokumen pelayaran meragukan dan akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/1960 serta Akta Kastam. – BERNAMA

Kategori