Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Son Salahkan Diri Sendiri...

NIZHNY NOVGOROD - Penyerang Korea Selatan, Son Heung-min menyalahkan diri sendiri di atas...

Lebih 1.2 Juta Lintasi...

Johor Bahru : Lebih 1.2 juta pekerja Malaysia di Singapura serta pengembara dari...

Rakyat Malaysia CEO Gaji...

SEORANG lelaki kelahiran Malaysia dilaporkan menerima gaji tertinggi di antara Ketua Pegawai Eksekutif...

Beca Melaka Wajib Main...

MELAKA - Semua pengayuh beca di Melaka diwajibkan memasang lagu irama Dondang Sayang...

AS Gantung Operasi Tentera Laut Di Seluruh Dunia

WASHINGTON DC – Selepas aib insiden pelanggaran kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) di Malaysia semalam, kes kedua selepas Jepun 17 Jun lalu, operasi tentera laut negara itu digantung,

Media antarabanga melaporkan, arahan ‘henti sementara’ itu dibuat bagi menilai semula armadanya berikutan kejadian terkini pelanggaran kapal pemusnah miliknya dengan sebuah kapal kontena dekat Singapura semalam.

Insiden pelik tersebut yang menyebabkan 10 anak kapal USS John S McCain hilang dan lima lagi kelasi cedera merupakan kemalangan besar kedua membabitkan kapal perang AS di Pasifik dalam tempoh hanya dua bulan.

Terdahulu, kapal USS Fitzgerald terlanggar kapal kontena Filipina, ACX Crystal di pesisir Jepun mengakibatkan tujuh kru kapal penggempur perang Skuadron 15 yang berpangkalan di Yokosuka itu disahkan terkorban.

Kali ini pula, USS John S McCain dilaporkan berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC yang didaftarkan di Liberia, 4.5 batu nautika dari perairan Teluk Ramunia dan berdekatan Pangkalan Maritim Abu Bakar di Batuan Tengah.


Arahan penggantungan itu dikeluarkan Ketua Operasi Tentera Laut, Laksamana John Richardson sambil berkata, beliau telah memerintahkan pemberhentian sementara operasi itu secara serentak di seluruh dunia.

“Saya mahu semua komander armada berbincang dengan pemimpin mereka bagi memastikan telah mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk menentukan operasi yang berkesan dan selamat di seluruh dunia,’’ katanya. – BERNAMA

Kategori