Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Tiba Di...

BEIJING - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri...

3 Kenderaan JPJ Musnah...

KUALA KANGSAR - Tiga kereta milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua kereta...

“Saya Tak Gentar Jika...

PENERBIT, Siti Rosmizah Semail tidak teragak-agak menyaman pelakon, Datuk Farid Kamil yang didakwa...

Peniaga Naik Harga Akan...

KUALA NERUS - Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap peniaga pasar tani yang mengambil...

Atikah Suhaime Tarik Diri, Dah Penat Jadi Pelakon?

PELAKON yang dulunya popular dengan drama Bila Hati Berbicara, Atikah Suhaime dikatakan mahu menarik diri dari dunia lakonan menerusi Instagram peribadi miliknya, @miss_sabeena.

Menerusi akaun Instagramnya itu, penarikan diri dari industri merupakan keputusan yang sukar tetapi mendatangkan kebaikan kepadanya. Dia juga seolah-olah sudah hilang semangat setelah lima tahun bergelar anak seni.

 

“Selama lima tahun, kehidupan saya ibarat di awan dan tidak berhubung dengan dunia sebenar. Saya juga sudah ketinggalan banyak hari jadi dan hari perkahwinan, malah ketinggalan hari kelahiran satu-satunya anak saudara saya,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, dia sangat merindui kehidupan peribadinya sebelum bergelar artis kerana lebih banyak masa dapat diluangkan kepada diri sendiri dan juga keluarganya.


Banyak reaksi yang diberikan peminat-peminatnya yang majoritinya terkejut dengan kenyataan itu, namun mereka juga turut mendoakan yang terbaik untuk pelakon tersebut.

Pelakon berusia 26 tahun itu kini difahamkan berada di negara kelahirannya, Singapura bagi merehatkan diri bersama-sama keluarganya.

Nama Atika sebelum ini pernah hangat diperkatakan apabila foto ‘panas’ wanita menyerupai dirinya dan seorang pelakon lelaki semakin meningkat naik, Idris Khan menjadi bualan di kalangan peminat industri hiburan tempatan. – MYNEWSHUB / Aisyah

Kategori