Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemandu Teksi Maut Ditimpa...

LONDON - Seorang lelaki yang memandu teksi jenis Proton Waja maut selepas kereta...

Kerajaan Ada Bajet Laksana...

HANOI - Kerajaan mempunyai bajet untuk melaksanakan Program Sarapan Percuma (PSP) yang akan...

Pengundi Ibaratkan Ramai Calon,...

PORT DICKSON - Walaupun tujuh calon bertanding pada satu pilihan raya bukannya sesuatu...

Ammar Kesal ‘Dituduh’ Sebar...

PELAKON Ammar Alfian melahirkan perasaan kecewanya apabila dituduh sebagai dalang yang menyebarkan gambar...

Aziz: Pelakon Senior Perlu Beri Contoh Baik

LAGI isu mengenai artis lama VS artis baharu. Setelah Que Haidar mempertahankan pendiriannya menerusi tweet yang dimuat naik, Aziz M Osman pula bersuara menerusi portal mStar Online.

Sebagai penerbit yang disegani di Malaysia, beliau menyatakan cara teguran yang kasar tidak menguntungkan mana-mana pihak. Ia berkaitan ketidakwajaran pelakon senior yang tegur pelakon baharu dengan tidak berhemah.

Baca: Kenyataan Balas Que Haidar Kepada Aziz M. Osman

“Saya tegur kerana merasakan cara dia salah, dia sepatutnya lebih berhemah dan bukan menyerang mereka dengan bahasa kasar.

“Zaman sudah berubah, sepatutnya sebagai senior beri contoh yang baik dan bagi mereka berasa mesra untuk menuntut ilmu,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Beberapa hari lepas, Aziz telah memuat naik satu tweet berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada kenyataan yang dikeluarkan Que.

Juga: Aziz M.Osman Bidas Pelakon Lama, ‘Dulu Dia Pun Sama’

Terdahulu, Que ada meluahkan rasa kecewanya apabila pelakon baharu tidak mementingkan mutu lakonan dan menyifatkan lakonan mereka kebanyakannya ‘kayu’.

Lagi: Que Haidar ‘Sound’ Pelakon ‘Kayu’ Join Kelas Lakonan

Menurut Aziz lagi, perubahan zaman membuatkan ilmu telah jatuh di tangga kedua dalam industri.


“Saya tidak kata ilmu itu tidak penting, ia penting kerana semua perlu menuntut ilmu dalam bidang masing-masing tapi zaman sekarang ini ilmu sudah jadi nombor dua.

“Sekarang orang tidak belajar tinggi boleh jadi ahli perniagaan berjaya, boleh capai cita-cita, begitu juga dengan artis. Kalau kita cakap apa pun, mereka sudah kaya dan ramai pengikut sendiri.

“Kita sepatutnya menarik minat mereka untuk menambah ilmu supaya jadi lebih baik bukan cara hentam mereka. Itu lebih membuatkan mereka berasa takut untuk menuntut ilmu,” ujarnya lagi.

Aziz turut berharap agar pelakon senior dapat menunjukkan contoh baik dan bersikap matang dalam menangani perkara sebegini. Dia juga tidak berniat mahu membesarkan perkara itu. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori