Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kantoi Lantik Gay, Beri...

BONGKAR... Mungkin malu selepas kantoi didedahkan netizen sehingga tular ke seluruh dunia, Menteri...

Tingkat Kawalan Di Perairan...

KUALA LUMPUR - Kawalan keselamatan di perairan negara dipertingkat bagi mencegah sebarang kehadiran...

RTM Perlu RM126j Untuk...

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memerlukan peruntukan RM126 juta bagi melengkapkan...

4.03 Juta Saman AES...

CYBERJAYA — Semua 4.03 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang belum dibayar...

Azizulhasni, Fatehah Menang Emas Acara Keirin

NILAI – Pasukan berbasikal trek Malaysia membuktikan dominasi mereka pada Sukan SEA Ke-29 dengan memenangi 11 daripada 13 pingat emas ditawarkan dalam pertandingan berbasikal trek yang berlangsung di Velodrome Nasional, di sini.

Juara keirin dunia Mohd Azizulhasni Awang yang memakai jersi Pelangi beliau merangkul emas acara keirin lelaki dengan catatan masa 10.468s untuk mengatasi rakan sepasukan Mohd Shariz Efendi Mohd Shahrin manakala Md Nur Fathoni daripada Indonesia meraih gangsa.

Sementara itu, seperti diramalkan Fatehah Mustapa memenangi pingat emas keempatnya dalam Sukan SEA pada final keirin wanita dengan mengalahkan rakan sepasukan Farina Shawati Mohd Adnan manakala gangsa menjadi milik Watinee Luekajorn daripada Thailand.

Dengan kemenangan itu, Fatehah daripada Terengganu menjadi pelumba basikal wanita pertama meraih paling banyak pingat emas dalam Sukan SEA dengan empat pingat emas. – BERNAMA

Kategori