Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Gambar Mirip Pegawai Menteri...

PETALING JAYA - Gambar seorang lelaki mirip pegawai kanan seorang menteri yang berada...

Jakim Minta Masjid, Surau...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan solat hajat dan...

Polis Melaka Terus Pantau...

MELAKA - Polis kontinjen negeri Melaka akan terus melakukan pemantauan terhadap semua aktiviti...

BN Selesai Umum Calon...

KUALA LUMPUR – Penamaan barisan calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan...

BAM Tetap Puas Hati Walau Gagal Capai Sasaran

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berpuas hati dengan kutipan hanya satu pingat emas pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) walaupun tidak mencapai sasaran awal dua pingat emas pada temasya dwitahunan itu.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan barisan pemain negara, terutamanya skuad wanita yang merangkul emas tunggal menerusi Goh Jin Wei dalam acara perseorangan wanita.

“Secara jujur saya terima dengan hati terbuka apabila kita tidak dapat capai sasaran dua pingat emas. Kita perlu sedar THailand dan Indonesia menurunkan pemain utama masing-masing manakala kita pertaruhkan pemain pelapis,” katanya ketika ditemui media di Arena Axiata di sini, hari ini.

Katanya, beliau akan akan mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen serta barisan kejurulatihan bagi membincangkan masalah kekuatan mental pemain.

Skuad badminton hanya meraih satu pingat emas, lima gangsa dan dua perak di mana mereka terlepas sasaran dua pingat emas, dua perak dan empat gangsa yang diletakkan oleh BAM. – BERNAMA

Kategori