Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MITI: Kerajaan Teruskan Kempen...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan kempen kesedaran, bersama-sama dengan proses pengesahan bagi...

Kartun Tom & Jerry...

KAHERAH - Kartun kegemaran ramai yang sudah 70 tahun menghiburkan penonton seluruh dunia,...

Siasatan Guru Besar Hilang...

KUALA LUMPUR - Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes seorang guru besar Sekolah...

Kerajaan Berunding Dengan China...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang berunding dengan China untuk menambah kapal dalam misi...

Bantu Usaha SPRM, Sejuta Ahli PAS Jadi Sahabat Gerah

PUTRAJAYA – PAS akan menggerakkan lebih sejuta anggotanya menjadi Sahabat Gerakan Revolusi Antirasuah (Gerah) sebagai menyokong usaha pembasmian rasuah yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata komitmen itu juga merupakan manifestasi keyakinan parti itu terhadap gerak kerja SPRM dalam membanteras rasuah walaupun wujud kekangan tertentu dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Dengan jumlah anggota terhad serta bajet yang kecil, SPRM masih mampu menjalankan tugas dengan baik dan yakin kempen itu akan lebih berjaya jika mendapat lebih sokongan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad bersama Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir  di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Dalam pertemuan kira-kira satu jam itu, Tuan Ibrahim menyerahkan memorandum “Kebangkitan Rakyat Memerangi Barah Rasuah dan Korupsi” kepada Dzulkifli yang diisytiharkan pada muktamar parti itu di Kedah, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dzulkifli menzahirkan rasa terharu dan bangga atas pengiktirafan dan keyakinan PAS dan Ikatan terhadap usaha dan inisiatif yang dilakukan SPRM dalam membanteras perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.


Selain kerja keras anggotanya, SPRM sememangnya memerlukan sokongan semua pihak termasuk parti politik dan dokongan yang diberikan PAS dan Ikatan tentunya menyemarakkan lagi semangat dalam menjalankan tugas, katanya.

Sementara itu, Kadir berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan segala tugas penguatkuasaan serta pengoperasian dan kejayaan  SPRM hanya dilakukan oleh 1,900 anggota dan pegawai yang pada pendapatnya tidak memadai berbanding tugasan berat yang dipikul.

Sehubungan itu, katanya, Ikatan dan PAS yang membentuk pakatan Gagasan Sejahtera akan mendesak kerajaan menambah peruntukan dan keanggotaan SPRM bagi memperkasakan lagi gerak kerja suruhanjaya itu. – BERNAMA

Kategori