Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

McDonald’s Jual Aiskrim McFlurry...

KUALA LUMPUR - Para penggemar raja buah, durian, mula berpusu-pusu ke McDonald's setelah...

Kenapa Kilang, Pembinaan Boleh...

DARI FB NAJIB RAZAK60% cluster daripada gelombang Covid ini adalah dari kilang dan...

Segera Laksanakan AES Agar...

GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa kerajaan persekutuan melaksanakan...

Guru Maut Serangan Jantung...

ALOR SETAR - Seorang guru maut dipercayai terkena serangan jantung ketika sedang memandu...

Sebak Hadir Konvokesyen Anak Meninggal Dunia

PUTRAJAYA – Seorang bapa tidak dapat menyembunyikan kesedihannya apabila mewakili anaknya yang telah meninggal dunia pada Majlis Konvokesyen Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ke-13 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Mohd Fauzi Nazir, 58, berkata anak keduanya Muhammad Amirul Izwan, 21, meninggal dunia pada 28 Jun lepas iaitu pada hari raya keempat apabila terbabit dalam kemalangan ketika pulang beraya di rumah rakannya di Sungai Besar, Selangor.

Menurutnya beliau membuat keputusan mewakili anaknya pada majlis itu kerana Allahyarham pernah meluahkan keterujaan untuk hadir setelah berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan elektrik di ILKBS Seri Iskandar, Perak.

“Ibunya ada di luar (dewan) kerana tidak sanggup melihat saya mengambil sijil ini. Sepatutnya Allahyarham hadir bersama abangnya yang akan mengambil sijil dalam jurusan automobil pada sesi seterusnya esok,” katanya dengan sebak ketika ditemui pemberita selepas menerima sijil itu daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Mohd Fauzi yang merupakan Pengarah Jualan dan Pemasaran di sebuah syarikat perabot di Johor Bahru, Johor berkata beliau berhasrat menawarkan Muhammad Amirul Izwan untuk bekerja di syarikat berkenaan namun tidak kesampaian.

Mohd Fauzi berkata Allahyarham yang mendapat purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 3.75 juga pernah meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma.

Menurutnya beliau menggalakkan anak-anaknya menyambung pelajaran di institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) memandangkan peluang pekerjaan dalam bidang itu lebih baik berbanding bidang lain.


Sementara itu, graduan jurusan penyelenggaraan industri di ILKBS Sepang, Selangor, Mohamad Nasri Ahmad Maidin, 24, dinobatkan sebagai graduan terbaik keseluruhan pada majlis konvokesyen itu.

Menganggap kejayaan itu sebagai hadiah hari lahirnya yang akan disambut pada Khamis ini, anak kelapan daripada 10 adik-beradik itu berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma.

Beliau yang mendapat PNGK 3.56 berkata kejayaannya memperoleh dua pingat emas ketika mewakili Malaysia pada kejohanan robotik antarabangsa di Langkawi, Kedah pada 2015 dan di Jepun pada 2016 menyumbang kepada pengiktirafan itu.

“Saya memang minat bidang kemahiran sejak zaman sekolah lagi terutamanya dalam bidang robotik kerana lebih hands-on,” kata Mohamad Nasri yang ketika ini bertugas sebagai juruteknik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – BERNAMA

Kategori