Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

VIDEO : Staf Digi...

Nampaknya dah jadi trend zaman sekarang pelanggan gemar merakam sebarang situasi yang membuatkan...

Imigresen Kedah Tahan 114...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 114 Pendatang Asing Tanpa Izin menerusi...

Empat Anggota Polis Disiasat

Kuala Lumpur : Empat anggota polis disiasat untuk membantu siasatan kes seorang tahanan...

Keracunan Alkohol, Jabatan Kastam...

SANDAKAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memeriksa 149 premis yang menjual minuman...

Barcelona Saman Neymar RM43 Juta

BARCELONA nampaknya masih belum lagi melupakan ‘dendam’ terhadap bekas pemain antarabangsanya dari Brazil, Neymar Jr. yang berhijrah ke Paris St-Germain (PSG) di Perancis.

Terkini kelab gergasi Sepanyol itu dilaporkan bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas pemain termahal dunia itu.

Meraka akan menyaman pemain tersebut sebanyak 8.5 juta euro (RM43 juta) selepas melengkapkan rekod perpindahan dunia sebanyak 198 juta pound sterling (RM1.12 bilion) pada awal bulan ini.

Kini Barcelona mahu Neymar memulangkan semula bonus pembaharuan kontrak yang diterimanya ketika menandatangani kontrak lima tahun kira-kira sembilan bulan lalu.

“Kelab mahu pemain itu memulangkan semula wang yang diterima memandangkan dia tidak melengkapkan tempoh kontrak,” jelas kelab berkenaan.

Selain itu, Barcelona mahu bayaran tambahan sebanyak 10 peratus disebabkan kelewatan pembayaran oleh kelab Perancis berkenaan.

“PSG perlu bertanggungjawab untuk pembayaran ini jika pemain tidak mampu berbuat demikian,” jelas Barcelona menerusi satu kenyataan rasmi.


PSG turut melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Barcelona itu.

“Kelab ini mematuhi semua peraturan dan kesal dengan tindakan Barcelona,” jelas kenyataan PSG.

Saman terbabit dikemukakan ke Tribunal Buruh di Barcelona pada 11 Ogos lalu. – BBC/mStar Online

Kategori