Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Sederhana Gegarkan...

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 dilaporkan telah berlaku di Kepulauan...

Tiga Anak Usia 12...

SKUDAI - Akibat kesempitan wang, tiga beradik lelaki dari Jalan Jebat 26, Taman...

APMM Rampas 20 Tong...

SEMPORNA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 20 tong minyak petrol...

IKRAM Cadang Wujudkan Lesen...

KUALA LUMPUR - Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) mencadangkan kepada kerajaan supaya...

Bayi Perempuan 7 Minggu Maut Kemalangan

BANDAR SERI JEMPOL – Seorang bayi perempuan berusia tujuh minggu maut, manakala ibu bapanya cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta, petang semalam.

Kemalangan berlaku di Kilometer 3, Jalan Bandar Seri Jempol-Serting Tengah, pada jam 3.25 petang.

Bayi itu, Nur Sumayyah Firdaus dari Kuantan, Pahang, meninggal dunia jam pada jam 7.25 malam tadi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jempol.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan, berkata, bapa bayi terbabit, Firdaus Jamaluddin, 29, yang memandu Perodua Myvi, hanya cedera ringan, manakala ibunya, Siti Anisah Muhammad Hassan, 27, patah tangan dan kini mendapatkan rawatan di hospital sama.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila Proton Saga dipandu seorang wanita berusia 30 tahun bersama anak lelakinya berusia tujuh tahun dari arah Batu Kikir cuba memotong kenderaan di hadapan tetapi gagal.


“Kejadian itu menyebabkan Proton Saga itu kemudian bertembung dengan Proton Myvi dari arah bertentangan. Pemandu dan penumpang Proton Saga cedera ringan,” katanya, hari ini.

Azham Shah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH ONLINE

Kategori