Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

KDN Perbaiki 7 Rating...

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperbaiki tujuh rating negatif dinyatakan Laporan...

MCA Tak Janggal UMNO...

KUALA LUMPUR – MCA tidak merasakan penggabungan UMNO dan PAS dalam agenda penyatuan...

India Dilanda Gempa, Gegaran...

SATU kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter dilaporkan berlaku di...

Pelik.. Wanita 28 Tahun...

Gara-gara melahirkan seorang anak, seorang ibu menderita penyakit pelik apabila wajahnya tampak seperti...

Bekas Jeneral Dipenjara Pada Usia 91 Tahun

SANTIAGO – Keluarga bekas jeneral tentera Chile menyifatkan tindakan mahkamah negara itu dipenuhi rasa dendam apabila menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap lelaki berusia 91 tahun itu.

Peguam Hector Orosco berkata, lelaki terbabit disahkan nyanyuk tetapi Mahkamah Agung negara itu tetap menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan membunuh.

Hector Orosco, bertugas pada era pemimpin kuku besi bekas Presiden Augusto Pinochet dan dia didapati bersalah bulan lalu kerana membunuh dua pemimpin berhaluan kiri pada 1973.

Polis menahan Orosco minggu lalu selepas dia enggan menjalani hukuman dan dibawa ke penjara Punta Peuco di utara ibu negara.

Pihak pengadilan dalam satu kenyataan berkata, Hakim Jaime Arancibia memutuskan Orosco waras dan boleh menjalani hukuman dalam keadaan normal.


Adik lelaki bekas jeneral itu, Rene Orosco berkata, tindakan itu bukan menegakkan keadilan tetapi lebih bersifat balas dendam. – AFP/BH ONLINE

Kategori