Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lebih Banyak Acara Akan...

KEMAMAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan lebih banyak acara...

Legenda Bola Sepak England,...

RAY WILKINS, bekas pemain tengah England yang bermain untuk Wycombe Wanderers pada tahun...

Malaysia Di Landasan Tepat...

SINGAPURA - Keputusan kerajaan Malaysia melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), biarpun dikecam...

Wanita Bogel Melompat Atas...

ENTAH apa sebabnya, mungkin gila, wanita ini telah berbogel dan melompat di atas...

Bekas Ketua AMK Dakwa Dipecat Tak Ikut Peraturan

KOTA BHARU – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Dr. Mohd Hafidz Rizal Amran mendakwa pemecatannya tidak mengikut peraturan parti.

Beliau mendakwa keputusan yang dibuat oleh Ketua AMK Kebangsaan Nik Nazmi Nik Ahmad adalah secara unilateral tanpa melalui perbincangan sewajarnya.

“(Keputusan itu) tanpa melalui mesyuarat Biro Politik AMK mahupun Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK Pusat yang tidak bersidang sejak Mac 2017 dan tanpa melalui proses konsultasi dengan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan sebagaimana yang termaktub dalam Peraturan Tetap AMK,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dakwanya lagi, pemecatannya juga berdasarkan memorandum yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin AMK (PKR) Kelantan yang tidak sah susulan tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang.

Beliau berkata memorandum yang mempertikaikan pendirian AMK Kelantan meneruskan hubungan dengan kerajaan Kelantan juga adalah bertentangan dengan pentadbiran kerajaan Selangor yang terus mempertahankan kerjasama dengan PAS dalam pentadbiran kerajaan negerinya dengan Nik Nazmi sendiri merupakan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor.

Semalam, Dr Mohd Hafidz Rizal dipecat sebagai Ketua AMK Kelantan oleh Nik Nazmi melalui pesanan dalam aplikasi WhatsApp.


Media sebelum ini melaporkan PKR Kelantan kini berpecah ekoran ada pemimpin yang “mesra PAS” walaupun parti itu telah memutuskan kerjasamanya dengan PKR.

Kemelut bertambah buruk apabila ada jawatankuasa AMK Kelantan mengumumkan hilang sokongan terhadap Dr Mohd Hafidz Rizal serta mendesaknya meletak jawatan, disusuli dengan memorandum yang dikatakan ditandatangani pemimpin AMK peringkat cabang yang kemudian dihantar kepada pucuk pimpinan pusat. – BERNAMA

Kategori