Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bakal Umum Butiran Pas...

KUALA LUMPUR – Segala persiapan teknikal berkaitan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan...

Musa Aman Tiba Di...

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini...

Pemimpin UMNO Harus Serius...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta para pemimpin dan anggota...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50km sejam dengan...

Bekas Pondan Doakan Sajat Kembali Ke Pangkal Jalan

NAMA Jefferi Mohd Nor menjadi viral baru-baru ini apabila videonya mengakui pernah bergelar pondan sebelum ini mendapat perhatian netizen.

Namun, usahawan popular Nur Sajat ada mengeluarkan sebuah video yang dilihat seolah-olah menyindir penghijrahan Jefferi yang dikatakan hanya dilakukan sebagai strategi pemasaran produknya selain mengelarkan lelaki itu sebagai orang tua nyanyuk.

Susulan video Sajat itu, Jefferi atau lebih dikenali sebagai Kak Qis menerusi laporan Harian Metro telah menasihati Sajat supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Jantina sebenar Sajat diragui banyak pihak bila mana seorang rakan sekolahnya sebelum ini pernah mendedahkan Sajat sebenarnya merupakan seorang lelaki.

Baca: Pondan Insaf Harap Kisah Taubatnya Jadi Pedoman

Namun begitu, hal itu telah dinafikan oleh si empunya badan apabila Sajat pernah membuat kenyataan sebelum ini mengatakan dia dilahirkan sebagai khunsa.

Dalam video itu, Jefferi berkata, “Sebaik melihat video itu, saya berdoa supaya Allah SWT melembutkan hatinya dan semoga Nur Sajat kembali semula ke pangkal jalan. Saya tahu video berkenaan ditujukan khas buat saya. Mungkin dia rasa tercabar dan tercalar kerana hanya dia mengetahui siapa dirinya yang sebenar dan nasihat saya jangan hidup dalam penuh penipuan.


“Siapa yang melihat video saya sebelum ini pasti dapat mengagak apa yang dikatakan Nur Sajat ditujukan untuk saya, namun saya tidak mahu melatah dan sudah bersedia dengan setiap kemungkinan sebaik membuat keputusan untuk berhijrah. Inilah yang akan saya hadapi, menerima kecaman daripada pondan lain yang mungkin tidak suka melihat penghijrahan saya,” katanya.

Menurut Jefferi lagi dia tidak berniat untuk memburukkan mana-mana golongan sebaliknya hanya mahu memohon maaf kepada pelanggan, sahabat dan keluarga yang sebelum ini mengenalinya dengan imej sebagai Kak Qis.

Semoga Jefferi istiqamah dengan penghijrahannya dan hatinya ditetapkan agar tidak kembali lagi ke jalan hitam yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Moga golongan pondan di luar sana menjadikan kisah abang Jefferi ini sebagai pedoman buat mereka agar dapat kembali ke pangkal jalan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori