Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Goldman Sachs Turun Unjuran...

BANK pelaburan global, Goldman Sachs Group Inc menurunkan unjuran harga minyak Brent bagi...

Pembangkang Di Selangor Gagal...

KUALA LUMPUR - Pembangkang di Selangor gagal mencapai dan meniru persefahaman politik serta...

2 Remaja Maut Motosikal...

BATU KURAU - Dua remaja maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri berhampiran Sekolah Menengah...

3 Pemain Badminton Masih...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Institut Sukan Negara (ISN) akan...

Hentikan Penyelewangan, Belajar Akibat Krisis FIC

KALAU ada beban paling berat yang dipikul kerajaan dalam memulihkan isu kepercayaan peneroka, tentunya menangani kes Felda Investment Group (FIC). Kes hangat membabitkan siasatan SPRM berhubung penyelewengan dalam urusan pembelian hotel di Kuching melukakan hati peneroka.

Manakan tidak, pembelian melampaui harga pasaran bagi memastikan pihak yang terbabit mengaut untung melalui margin penyelewengan, menampakkan FIC seperti lubuk tunai melenjan duit peneroka.

Kes FIC satu realiti: Wang habis ditarah penyamun. Padahal peranan FIC ialah menguruskan amanahkan melabur bagi menambahkan keuntungan.

Tiada yang bersalah selagi tidak didapati bersalah. SPRM dah gari dan usung masuk lokap wajah-wajah yang berkepentingan untuk disiasat dan ditahan. Caj mahkamah akan menyusul nanti.

Malah, kita yakin ada top profile bakal ditahan. Penyonglapan jutaan ringgit takkan perlu tanpa tangan kotor yang berpengaruh.

Itu belum masuk kes pembelian hotel di London. Urusniaga membabitkan RM330 juta duit FIC. Entah berapa puluh juta pula disonglap. Felda dah lama dianggap lubuk oleh penyamun harta rakyat. FIC sudah terbukti jadi mangsa.

Bagi pemimpin tamak dan pengurus yang bermentaliti penyamun, Felda dianggap lubuk untuk mengayakan poket anak-pinak dan diri sendiri.

Justeru mohon kerajaan waspada. Penyamun dan penyangak harta rakyat mohon tolonglah dijauhkan dari Felda. Malah, agensi lain juga. Bukan baru, kerana kita sudah lama sedar, banyak tokoh yang diletakkan di agensi, tidaklah mampu menyumbang pun. Malah, akhirnya jadi penyamun harta rakyat.


Lepas FIC, rasanya FGV pula disiasat. SPRM mulakan satu demi satu. Ini konsep tangga membina kaitan kukuh antara yang paling dibawah hingga ke nama yang paling teratas.

SPRM mula membina kes penyiasatan sebelum prosiding pertuduhan dimulakan. Malah, konsep siasatan berangkai ini lebih signifikan untuk membongkar modus operandi penyelewengan dalam FIC dan FGV.

Cuma kita sedih, ia tetap mencalarkan imej Felda. Kalau benar pengkhianatan dalam kedua-dua kes membabitkan orang yang diamanahkan mentadbir, atau yang dilantik untuk mentadbir. Pasti hancur-luluhlah hati peneroka.

Go SPRM Go… tangkap dan siasat. Seret dan dakwa dan pastikan penjenayah merengkok di penjara. Ajar sikit. Supaya yang menyangak terhukum dan bakal penyangak pula tidak berani menyamun. – MYNEWSHUB.CC

Kategori