Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Remaja Terkejut Perut Kempis...

PERUTNYA kelihatan begitu sempurna sekali, seperti remaja perempuan lain tapi tiba-tiba dia dikejutkan...

Kotak Hitam Perlu Disiasat...

Memetik laporan portal Detik.com, Menteri Pengangkutan Indonesia, Ignasius Jonan meminta pemeriksaan kotak hitam...

Lelaki Kerat Ibu Kandung...

PARIT BUNTAR - Seorang lelaki yang ditahan kerana membunuh ibu kandung sendiri dengan...

Najib Tuntut Thomas Mohon...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menuntut...

Belasah Sampai Mati, Lelaki Dipenjara Seumur Hidup

GARA-GARA membelasah seorang penuntut universiti dari China sampai mati, seorang lelaki telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah California, Amerika Syarikat, hari ini.

Andrew Garcia, 21, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh Ji Xinran pada Julai 2014.

Ji dipukul Andrew dengan menggunakan pemukul kayu besbol sebaik sahaja dia dalam perjalanan pulang selepas mengadakan study group pada lewat malam.

Selepas dibelasah, Ji sempat sampai ke bilik hostelnya namun ditemui mati beberapa jam selepas itu oleh rakan sebiliknya.

Pihak pendakwa raya menyifatkan perbuatan suspek sebagai jenayah kebencian kaum di mana Andrew menyerang mangsa adalah disebabkan dia berbangsa Cina selain ingin merompak mangsa.


Kematian Ji berlaku dua tahun selepas kes dua pelajar universiti yang juga berasal dari China mati ditembak ketika disamun di dalam kereta.

Jenayah kebencian kaum merupakan di antara jenayah yang mempunyai kadar tertinggi berlaku di negara Uncle Sam itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori