SIBU – Bilik stor penyimpanan fail lama Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di Jalan Tun Abang Openg di sini, terbakar awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira 7 pagi semasa pegawai dan anggota mula masuk kerja.
Kebakaran itu dipercayai berlaku akibat litar pintas.
Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak yang dihubungi memberitahu panggilan kebakaran dari IPD Sibu diterima bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah pada 7.20 pagi. – BERNAMA