Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Batal IMAMS: Bukti Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Keputusan membatalkan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) hanya selepas 24...

Akim Ahmad, Stacy Sah...

BARU-baru ini memang ada desas-desus yang menyatakan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy bakal...

Pertimbang Longgar Pergerakan Penerima...

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan...

Oxford? Bukan! Ini Universiti...

MUNGKIN Ramai yang menyangka bahawa universiti tertua di dunia adalah universiti Harvard, Universiti...

BN Tak Ambil Kesempatan Pergeseran Pembangkang

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) tidak berminat untuk mengambil kesempatan di atas pergeseran dalaman, di antara pemimpin pakatan pembangkang, bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata bukan cara BN untuk bergantung kepada kelemahan pihak lawan apabila berdepan pilihan raya sebaliknya akan bekerja dengan lebih keras bagi memberi khidmat kepada rakyat.

“Kita kuatkan jentera UMNO dan dekatkan diri dengan pengundi bagi menjelaskan isu-isu semasa supaya dapat keyakinan pengundi seperti di Selangor,” katanya mengulas perkembangan pergolakan dalaman PKR.

Pergolakan terkini parti itu berlaku apabila wujud dua kem iaitu sama ada menyokong atau menentang rundingan dengan PAS bagi kerjasama menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Tajuddin yang Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditemui selepas melawat MyFarm Outlet Putrajaya di sini hari ini berkata jentera UMNO akan terus memberi penerangan mengenai kegagalan kerajaan negeri Selangor memerintah selama dua penggal.

“Sebelum ini, mereka mendabik dada boleh membela rakyat dan memerintah lebih baik daripada BN tapi sudah dua penggal, tiada apa yang dapat ditunjukkan mereka.


“Jadi ini satu kesempatan untuk BN merampas kembali Selangor yang dahulu kita yang usahakan untuk menjadi negeri termaju di Malaysia,” katanya.

Tajuddin berkata soal perpecahan antara pemimpin pakatan pembangkang menunjukkan bahawa mereka tiada kesepakatan.

“Sebaliknya kita BN, walaupun mempunyai banyak parti komponen tapi kita berpegang pada pemimpin kita yang pertama iaitu presiden parti yang juga Perdana Menteri,” katanya. – BERNAMA

Kategori