Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Isu Samseng: Ramkarpal Diarah...

KUALA KUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh wakil rakyat pertama diarah...

PKR Tiada Masalah Terima...

PENAMPANG - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada masalah untuk menerima permohonan keahlian...

Peminat Minta Shukri Yahaya...

ISTERI kepada pelakon, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan meluahkan rasa tidak puas hati...

Lynas: Fuziah Dakwa Ada...

KUALA LUMPUR – Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan Chegubard mendedahkan ada...

Boko Haram Penggal 31 Nelayan Ceroboh Kawasan

KANO, Nigeria – Sekurang-kurangnya 31 nelayan dibunuh oleh pengikut militan Boko Haram dalam dua serangan berasingan di Tasik Chad, timur laut Nigeria, hari ini.

Dalam kejadian itu, sekumpulan militan bersenjata menyerbu, menembak dan memenggal mangsa yang sedang memancing di pulau Duguri dan Dabar Wanzam.

“Pengikut Boko Haram menyerang 14 nelayan di Duguri dan dan 17 lagi di Dabar Wanzam,” kata Babakura Kolo, anggota militia yang menentang militan Daesh di Maiduguri.

Berita mengenai serangan itu lambat diketahui kerana Boko Haram memusnahkan tiang telekomunikasi di rantau ini dalam serangan beberapa tahun lalu.

Seorang nelayan yang sengaja tidak dibunuh dalam serangan itu berkata, 12 mayat mangsa diletakkan dalam kanu dan dia diarah oleh Boko Haram supaya membawanya ke Baga.


Ia sebagai amaran supaya tiada siapa lagi dibenarkan memancing di kawasan tasik air tawar itu. – AFP/BH ONLINE

Kategori