Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Imam Selesaikan Larian Lebih...

ALOR SETAR - Selepas melakukan larian selama 10 hari meliputi jarak lebih 500km...

Asyik Main Asmara, Bayi...

GARA-gara sibuk mengadakan hubungan seks, seorang ibu sanggup meninggalkan bayinya yang berusia tiga...

Agong Selesa Bersama Rakyat

KUALA LUMPUR - Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itulah citra...

BN Menang Besar PRK...

PONTIAN - Barisan Nasional berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada Pakatan...

Buat Laporan Palsu, Lelaki Diarah Kerja Amal 3 Bulan

TAWAU – Seorang pengawal keselamatan diarah melakukan kerja-kerja amal yang dipantau parol penjara selama tiga jam setiap hari selama tiga bulan selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat laporan polis palsu.

Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus turut memerintahkan tertuduh, Shafik Sauddin, 19 dikenakan bon RM1,000 tanpa deposit.

Lelaki itu didakwa menurut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata pada 5 Julai lalu, tertuduh membuat laporan polis mendakwa begnya diragut kira-kira 10.30 pagi di depan kawasan Empire di sini.

Tertuduh yang juga pengadu mendakwa didatangi dua lelaki dan begnya ditarik dari arah belakang menyebabkan barangan peribadinya termasuk MyKad, lesen memandu dan kad ATM serta wang tunai berjumlah RM9,500 hilang, kata Fadil dalam kenyataan.


Beliau berkata bagaimanapun siasatan polis mendapati tertuduh membuat laporan polis bagi mengaburi keluarganya setelah menghabiskan wang yang dikirim abangnya untuk tujuan hantaran perkahwinan dengan berhibur di Pulau Nunukan. -BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • palsu

Kategori