Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Indonesia Arahkan WhatsApp Buang...

DEMI mengekang gejala LGBT, kerajaan Indonesia telah merancang untuk menghalang penggunaan beberapa ikon...

Kevin Zahri Akui Tidak...

SEMANGAT dan tekad yang dimiliki oleh perunding kesihatan terkenal, Kevin Zahri ini sesungguhnya layak...

VIDEO: Mengejutkan.. Gelandangan Lebih...

Di zaman ini, memang agak susah gamaknya nak jumpa orang yang pemurah dan...

Jabatan Kerajaan Disaran Ketengah...

IPOH - Semua jabatan kerajaan di Perak disaran mengetengah bidang inovasi dengan lebih...

Buaya Seberat 300kg Ditemui Di Miri

MIRI – Seekor buaya sepanjang empat meter serta seberat 300kg ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Labau, Sibuti, 60km dari sini petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri, Kapten Mohamad Hazle Shah Hamid berkata hasil maklumat yang diterima daripada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), APM Miri bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di sana pada 2.30 petang.

“Buaya tersebut ditemui di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran dengan anak sungai,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Menurutnya, SFC telah meminta bantuan APM Miri untuk memindahkan buaya berkenaan menggunakan lori tiga tan milik APM Miri untuk dibawa ke Taman Buaya Miri di Kuala Baram.

Untuk rekod, Taman Buaya Miri yang juga mini zoo terletak 50km dari pusat bandar raya, menempatkan pelbagai spesies buaya dan binatang. – BERNAMA

Kategori