Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ketua Peperiksaan Letak Jawatan...

Seoul - Menteri Pelajaran Korea Selatan semalam memohon maaf sementara Ketua Lembaga Peperiksaan...

Graduan TVET Dilengkapi Kemahiran...

JOHOR BAHRU - Graduan yang lahir daripada sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional...

Bayi Pendarahan Luar Otak,...

SEORANG bayi lelaki berusia lapan bulan mengalami pendarahan di luar otak di sebelah kiri...

Pengecualian SST Untuk Kedai...

GEORGE TOWN - Kerajaan akan memberi pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melibatkan...

“Bukan Saja Hero Negara, Tapi Dia Juga Hero Keluarga”

SEPANJANG perlawanan bola sepak Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 ini, nama N. Thanabalan sering disebut oleh peminat bola tanah air.

Baca: Final Bola: Pesanan Bapa Buat Thanabalan ‘Terbakar’

Thanabalan, 22, seolah-olah hero bagi negara kita bila dia berjaya meledakkan gol tunggal ketika perlawanan separuh akhir pasukan skuad B22 kebangsaan ketika menentang pasukan Garuda dekat Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Kita juga didengarkan perkhabaran mengenai keadaan bapa Thanabalan, S. Nadarajah, 56, yang lumpuh separuh badan akibat terlibat kemalangan jalan raya empat tahun lalu.

Selaku Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah merealisasikan hasrat seorang pengguna Twitter yang mencadangkan beliau untuk menyediakan tempat khas bagi bapa Thanabalan untuk menyaksikan perlawanan akhir di Shah Alam nanti.

Dengan sepantas kilat sahaja, KJ telah memberi respon terhadap tweet tersebut dan kini, bapa Thanabalan, N. Nadarajah bakal menjejakkan kaki ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan anaknya beraksi mengharumkan nama negara.

Kata Nadarajah, anak lelakinya ini merupakan pemain bola yang hebat dan anak yang baik kerana sanggup menjaga dia yang sakit. Sepanjang melibatkan diri dalam sukan bola sepak, segala habuan yang dia dapat, pasti akan digunakannya untuk menyara keluarganya itu.

“Biarpun anak kami sibuk menjalani latihan, dia tidak pernah sesekali melupakan keluarga malah menjadi tunjang kepada keluarga ini.

“Dia lebih mengutamakan keluarga berbanding membeli barangan untuk dirinya. Malah dialah yang menjadi ketua keluarga selepas saya terbabit kemalangan pada 14 April 2013,” tambahnya lagi memetik laporan Harian Metro. 

Kemalangan itu bermula ketika dia mahu ke tempat kerja dan sebuah kereta telah merempuhnya dari belakang.

Akibat keadaan bapanya yang tidak berupaya untuk menyara keluarga, Thanabalan telah mengambil tanggungjawab untuk menjadi ketua keluarga. Dia juga telah mengeluarkan wang belanja untuk dapur, bil rumah, kos perubatan dan juga menjaga dua adiknya, Kheeteeswaran, 19, dan Keethikaa, 13.

“Sejak menyarung jersi pasukan negara, Thanabalan beritahu tidak mahu berenggang dengan keluarga kerana risau keadaan kami. Selepas menjalani latihan, dia akan pulang ke rumah untuk memandikan, menukar lampin dan mendukung saya ke katil disebabkan saya tidak mampu bergerak,” tambah Nadarajah yang sebak dengan pengorbanan anaknya itu.

Thanabalan juga sanggup berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Seremban dan langsung tak pernah mengeluh penat walaupun selepas tamat latihan bola.


Nadarajah yang merupakan bekas pemain bola dan juga bekas pemandu kedutaan Finland, sudah melatih Thanabalan bermain bola sejak dari sekolah lagi.

Final Bola: Pesanan Bapa Buat Thanabalan 'Terbakar'

Sebagai seorang bapa yang sentiasa mahukan kejayaan untuk anaknya, Nadarajah tak pernah lekang dengan nasihat untuk anaknya. Dia juga sering menekankan supaya Thanabalan menggunakan kepalanya untuk menajaringkan gol jika bola diperoleh melalui sepakan sudut.

“Ternyata dia mendengar arahan apabila menjaringkan gol pada minit ke-87 malam tadi (Sabtu),” kata Nadharajan yang gembira dengan kejayaan anaknya kelmarin.

Sekali lagi kejayaan yang diharapkan oleh bapanya terhadap anak lelakinya itu. Semoga pasukan negara kita dapat menewaskan pasukan Thailand ketika perlawanan akhir, Selasa ini.

Ramai juga pengguna lama sosial yang memuji tindakan Thanabalan yang bukan sahaja digelar sebagai hero negara, tapi juga hero kepada keluarganya sendiri.

Seorang pengguna laman Facebook memuat naik posting yang mana dia sendiri pernah berbual dengan Thanabalan selepas perlawanan akhir Piala Presiden suatu ketika dulu. Dikatakan Thanabalan merupakan seorang anak yang taat kepada keluarga dan sanggup berkorban demi keluarganya. Hal ini juga disahkan oleh Thanabalan sendiri.

Semoga di perlawanan akhir menentang Thailand nanti kita akan dapat merampas gelaran juara bagi ‘ibu segala pingat’ ini. Sama-sama kita saksikan perlawanan yang ditunggu-tunggu ini! – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori