Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bunuh 19 Orang, Lelaki...

KUNMING - Seorang lelaki dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah tempatan di barat daya...

Polis Tahan 758 ‘Tahi...

KUANTAN – Polis Pahang menahan seramai 758 tahi judi hasil 313 serbuan yang...

Perak Cadang Perluaskan Hari...

IPOH - Perak berhasrat memperluaskan kempen Hari Tanpa Kereta di setiap daerah ke...

KLIA Adakan Latihan Pesawat...

SEPANG – Pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia Airports Holdings Berhad...

“Bukan Senang Datang Ke Sini Sebagai Tetamu Allah”

MAKKAH – Kali pertama menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah adalah pada 2004 semasa mengerjakan umrah, dan ketika itu Suzila Abdullah berdoa supaya dapat kembali ke kota paling suci ini.

Selepas 13 tahun doanya dimakbulkan, kali ini beliau kembali ke Tanah Suci sebagai ‘dhuyufurrahman’ (tetamu ALLAH) bagi melaksanakan ibadah haji.

Ketika ditemui pemberita di maktab penginapannya di Hotel Zwar Al Bit di sini, Suzila, 53, yang memeluk Islam pada 1985, bersyukur dapat datang ke Tanah Suci ini bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu.

“Sebagai mualaf, bukan senang untuk datang ke sini sebagai tetamu Allah, ia satu langkah yang cukup besar dalam hidup saya.

“Perasaan itu hanya saya sahaja yang tahu sebagai seorang mualaf. Sukar untuk digambarkan dapat datang ke Tanah Suci ini…syukur alhamdulillah,” katanya yang mula berminat dengan Islam selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Suzila, yang berasal dari Serian, Sarawak, berkata selepas terpilih untuk melaksanakan ibadah haji, beliau telah membuat persediaan yang cukup rapi dari segi mental dan fizikal supaya dapat melakukan ibadah itu dengan sempurna.

“Cabaran menunaikan ibadah haji ini lebih besar berbanding ketika melakukan umrah,” katanya.


Sementara itu, Mustafa Kamal Abdullah, 64, terharu kerana terpilih menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan haji dan peluang keemasan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menggandakan ibadah di Tanah Suci ini.

“Saya cukup terharu dipilih oleh Tabung Haji untuk melaksanakan ibadah haji selepas 10 tahun mendaftar. Sudah tentu saya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT untuk mendapatkan haji mabrur,” katanya yang memeluk Islam pada akhir 70-an.

Justeru, Mustafa Kamal yang ditemani isterinya Asmah Jaman, 56, bertekad melakukan ibadah bersungguh-sungguh di Tanah Suci Makkah bagi mencapai matlamatnya itu.

“Rakan saya, Ramli Hussin banyak membimbing untuk mendalami Islam, sehingga sekarang dan saya mahu menjadi seorang Islam sejati,” kata bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Batu Tellingai, yang terletak di daerah Subis, Bekenu, Sarawak. – BERNAMA

Kategori