Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Agong Berkenan Terima Menghadap...

TOKYO - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima...

Najib Tarik Balik Saman...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini...

Perkhidmatan Dibenarkan Beroperasi Ketika...

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) menyenaraikan sektor yang dibenarkan beroperasi susulan pewartaan PU (A)112...

Pak Cik Menakjubkan, Bawa...

PAK cik ni, Chen ChangFa, mempunyai cara tersendiri untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan...

Buli: 11 Lagi Pelajar Kolej Vokasional Direman

KUALA TERENGGANU –  Seramai 11 pelajar lagi ditahan reman  berhubung kes buli di sebuah kolej vokasional di sini, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang direman 26 orang setakat ini.

Perintah reman selama tiga hari sehingga Sabtu terhadap 11 pelajar itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Roszita Md Saad di sini hari ini bagi membolehkan mereka disiasat menurut Seksyen 142 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Semalam, 15 pelajar direman sehingga Sabtu  bagi membantu siasatan kes itu.

Kesemua pelajar terbabit dipercayai terlibat membuli tiga pelajar iaitu dua pelajar tahun satu dan seorang tahun dua di kolej berkenaan dengan kejadian terkini pagi Selasa.

Dalam kejadian 1.30 pagi Selasa, dua pelajar tahun satu yang berusia 16 tahun,  mendakwa mengalami kecederaan di beberapa anggota badan setelah dipukul oleh beberapa pelajar senior dengan seorang daripada mangsa kini dirawat di  Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Satu lagi kes membabitkan pelajar tahun dua berusia 17 tahun yang mendakwa dipukul oleh kumpulan pelajar yang sama ketika berada di surau pada  9.30 malam sebelum dipukul sekali lagi di asrama kolej kira-kira sejam kemudian dalam kejadian Isnin lalu.


Sementara itu Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata 11 pelajar terbabit yang kesemuanya berusia 17 tahun ditahan di rumah serta di asrama semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan akan ada beberapa lagi tangkapan lain selepas ini.

“Sehingga hari ini seramai 26 orang telahpun ditahan, ” katanya ketika ditemui pemberita di Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong, Permaisuri, di sini.

Beliau turut meminta pihak sekolah membuat laporan polis pada kadar segera sekiranya berlaku insiden sedemikian di sekolah masing-masing. – BERNAMA

Kategori