Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RUU Tak Lulus Sebab...

UMNO berkata Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019, tidak lulus di Dewan...

Gempa Lombok: 2 Rakyat...

PUTRAJAYA - Dua rakyat Malaysia disahkan terkorban dalam bencana gempa bumi berskala 5.8...

Ku Nan Cadang P.Pinang...

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercadang ingin menjadikan Pulau...

Acara Tarian Naga LED...

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, satu acara...

Cacat Penglihatan Tak Halang Laksana Ibadah

MAKKAH – Jemaah haji Malaysia, Hasnah Shawal tidak menganggap kekurangan pada dirinya yang cacat penglihatan membataskan hasrat beliau untuk melakukan ibadah di Tanah Suci ini.

Sebaliknya, Hasnah, 73, dari Kampung Kuala Bakong, Kuala Ketil, Kedah, yang bersyukur kerana terpilih mengerjakan haji pada tahun ini, berharap dapat terus melaksanakan apa jua ibadah dengan penuh ketenangan di kota suci ini.

“Masa dapat tahu daripada Tabung Haji saya terpilih buat haji, kelam kabut juga nak buat persiapan.  Syukur sangat sebab dah lama tunggu untuk datang ke sini (Tanah Suci),” katanya ketika ditemui pemberita di maktab penginapan di Hotel Rehab Al-Janadriyah di sini.

Hasnah, yang sudah beberapa hari berada di Tanah Suci Makkah, ditemani adiknya Mohd Saad Shawal, 69, dan adik iparnya Manis Sidek, 69.

“Sudah lama saya daftar untuk datang ke Tanah Suci ini…saya juga kumpul duit sikit-sikit termasuk duit pusaka peninggalan keluarga. Seronok, tidak tahu nak cakap…syukur sangat-sangat,” katanya.

Hasnah berkata setiap kali hendak ke Masjidil Haram, ada sahaja jemaah lain yang membantunya sama ada mereka berjalan bersama atau menaiki kenderaan.

“Tak susahlah, ramai tolong saya ke Masjidil Haram. Tabung Haji juga bagus banyak membantu saya,” katanya dalam nada sebak, sambil menambah bahawa ketika azan berkumandang di Masjidil Haram, beliau berasa sedih dan sayu.

Hasnah turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang membantunya untuk datang ke kota suci ini.


Sementara itu, Manis berkata beliau sentiasa bersama dan tidak menghadapi masalah menjaga kakak iparnya itu.

“Petugas Tabung Haji sentiasa mengingatkan supaya tidak berenggang dengan kakak ipar saya. Tiada masalah dan senang menjaga kakak ipar saya ini. Tetapi, ketika kali pertama melakukan umrah wajib, baru buat satu pusingan kami dirempuh dan tidak dapat meneruskan tawaf.

“Kemudian pada waktu malam, kami cuba sekali lagi dan saya menolak beliau menggunakan kerusi roda dan membuat tawaf di bahagian bawah dekat dengan Kaabah. Alhamdulilah kami dapat selesaikan tawaf,” katanya.

Manis turut bersyukur kerana menjadi tetamu Allah dan dipilih menjaga kakak iparnya itu walaupun ia satu tanggungjawab yang besar.

“Doakan yang terbaik untuk kami,” katanya. – BERNAMA

Kategori