Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

27 Tan Beras Tumpah...

SHAH ALAM, 27 Julai (Bernama) -- Tumpahan beras kira-kira 27 tan yang dibawa...

Kedai Emas Plaza OUG...

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai emas di Plaza OUG di sini kerugian lebih...

Penduduk Temerloh Tunai Solat...

TEMERLOH - Seramai 80 penduduk dari tiga buah kampung di Mukim Seberang Temerloh...

BACA: Hasil Kajian Saintis,...

KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya...

Cemas Selamatkan Kanak-Kanak Tertusuk Gunting

SEKUMPULAN doktor dan bomba terpaksa bekerjasama bagi menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang tertusuk gunting di dahi di China.

Gunting itu tertusuk 3cm ke dalam dahi. Disebabkan keadaan berkenaan, pasukan penyelamat memutuskan untuk melakukan pembedahan dalam dua peringkat, iaitu mencabut tempat pegang gunting itu dan kemudiannya mencabut bilah gunting berkenaan.

Dalam kes itu, bomba terpaksa menggunakan pliers yang besar untuk memecahkan gunting berkenaan sebelum doktor menarik keluar bilah tersebut dengan berhati-hati dari dahi kanak-kanak berusia dua tahun itu.

Kanak-kanak terbabit kini dalam pemerhatian doktor dan keadaannya sudah stabil.

Mengikut laporan, ketika kejadian pada 15 Ogos lalu, kanak-kanak terbabit sedang bermain di luar rumah apabila tiba-tiba dia mengutip gunting di atas lantai tanpa pengetahuan bapanya.

Namun sebaik sahaja bapanya melihat anaknya itu, kanak-kanak berkenaan telah terjatuh dan gunting itu terjatuh lalu tertusuk ke dahinya.


Selepas pembedahan, bapanya telah memuatnaik ke media sosial bahawa anaknya telah dipindahkan ke wad biasa dari unit rawatan rapi.

“Terima kasih semua. Pembedahan amat berjaya dan anak saya sedang menjalani pemulihan,” kata bapanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori