Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Saharul Nikah Deena Emir...

SEBELUM ini, Saharul Ridzwan pernah mendedahkan dirinya akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini,...

Lee Chong Wei Ikon...

RIO DE JANEIRO - Pemain badminton kesayangan Malaysia, Datuk Lee Chong Wei tetap...

Mengundi Pada Hari Bekerja,...

MUNGKIN bagi generasi hari ini, tidak ramai tahu bahawa ada beberapa kali Pilihan...

KL2017 Kurangkan 2,703 Tan...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Inisiatif Hijau pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017...

China, ASEAN Lengkapkan Pelan Pembangunan

SINGAPURA – Usaha Satu Jajaran, Satu Laluan (OBOR) oleh China dan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025 menunjukkan pertumpuan minat antara ASEAN dan China, kata Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.

Beliau berkata, justeru itu, ASEAN berminat untuk meneroka kemungkinan sinergi, termasukbagaimanapun usaha OBOR itu boleh melengkapkan pelan pembangunan ASEAN dan sebaliknya, bagi memaksimumkan hasil kerjasama.

“Singapura berbincang secara aktif antara negara ASEAN dan China mengenai bagaimana ia boleh diterapkan dalam  pelan pembangunan perkongsian  strategik ASEAN-China masa​​​​​​​ hadapan,” katanya​​​​​​​ dalam​​​​​​​jawapan  bertulis kepada soalan yang dikemukakan anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi, Dennis Tan Lip Fong di Parlimen hari ini.

Tan bertanya sama ada ASEAN ketika ini mempunyai sebarang rancangan untuk melaksanakan pendekatan berbilang hala melibatkan usaha China itu bagi melengkapkan pendekatan dua hala yang khusus bagi negara sedia ada.

Singapura merupakan Penyelaras Negara bagi Hubungan Dialog ASEAN-China sehingga Ogos 2018.

Dr Balakrishnan berkata, usaha OBOR itu adalah penting memandangkan ia mempunyai potensi untuk mempertingkatkan kesalinghubungan dan mempercepatkan pembangunan infrastruktur seluruh Asia.


Di peringkat rantau, beliau berkata, Pelaburan Langsung Luar Negara bukan kewangan China ke negara-negara ASEAN meningkat lebih dua kali ganda berbanding 2008, mencecah US$7.8 bilion (US$1=RM4.28) pada 2014.

Beliau berkata, Asia dijangka memerlukan pelaburan sebanyak US$26 trilion bagi tempoh sekarang hingga 2030 untuk membangunkan tenaga, utiliti, telekomunikasi dan infrastruktur pengangkutan.

Dalam aspek itu, beliau berkata, permintaan terhadap infrastruktur di rantau ini sangat besar.

“Oleh itu, terdapat potensi bagi usaha OBOR untuk melengkapkan dan menyokong projek berbilang hala dan serantau sedia ada, termasuk yang berada dalam ASEAN,” katanya. – BERNAMA

Kategori