PASANGAN ini pernah mematahkan hati ramai peminat mereka kerana putus cinta sebelum ini, namun khabarnya pelakon Emma Stone dan Andrew Garfield kembali bersama.
Menurut laporan akhbar The Sun, pasangan yang berpisah pada tahun 2015 ini ternyata sebenarnya masih menyayangi satu sama lain dan masih berkawan rapat selepas putus cinta.
“Perasaan Andrew terhadap Emma tidak pernah berkurangan dan mereka semakin hari semakin rapat. Malah, mereka pernah dilihat berpegangan tangan.
“Antara mereka banyak sejarah dan masing-masing sibuk. Mungkin sekarang ini baru mereka sedar,” kata sumber menerusi Daily Mirror.
Emma dan Andrew pernah menjadi pasangan kekasih Hollywood paling romantis ketika filem gandingan mereka, Spider-Man ditayangkan pada 2012.
Namun selepas hampir lima tahun bersama, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah secara baik. – MYNEWSHUB.CC