Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Cuci Duit’, RM100,000 Ditemui...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui wang tunai RM100,000 di...

Budak Baling Batu Di...

SUNGAI PETANI - Tindakan empat remaja lelaki dipercayai terlibat dalam perbuatan baling batu...

2,317 Kanak-Kanak Daftar Di...

KUALA LUMPUR - Seramai 2,317 kanak-kanak mendaftar di 88 buah Pusat Anak Permata...

Dua Wanita Maut Di...

LIPIS : Dua kemalangan maut dalam tempoh 24 jam di laluan Ops Selamat...

CR7 Anggap Dianiaya Selepas Rayuan Gantung Ditolak

MADRID – Cristiano Ronaldo menganggap layanan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol sebagai satu “penganiayaan” selepas rayuannya terhadap penggantungan lima perlawanan ditolak, malam tadi.

Pemain Terbaik Dunia itu terlepas aksi kedua Piala Super Sepanyol menentang Barcelona di sini, sebentar tadi serta empat perlawanan pertama Real dalam kempen La Liga musim ini.

“Sukar untuk menangani situasi ini, 5 perlawanan!!” tulis Ronaldo kepada 108 juta pengikutnya di Instagram.

“Bagi saya ia keterlaluan dan tidak masuk akal, ini dipanggil penindasan!

“Terima kasih kepada rakan sepasukan kerana sokongan anda dan penyokong!!!”

Kapten Portugal itu dibuang padang secara kontroversi ketika Real menang aksi pertama Piala Super 3-1 di Nou Camp, Ahad lalu.

Ronaldo tampil dari bangku simpanan untuk membantu Madrid mendahului 2-1 namun kemudian dilayangkan kad kuning apabila menanggalkan jersinya ketika meraikan gol itu dan dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil Ricardo de Burgos Bengoetxea yang berasakan dia sengaja menjatuhkan diri untuk cuba mendapatkan sepakan penalti lapan minit sebelum tamat.


Selepas dilayangkan kad merah ke-10 sepanjang kariernya, Ronaldo kemudian dilihat menolak sedikit belakang pengadil itu.

Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane turut melahirkan kemarahannya dalam apa yang dipercayainya hukuman keterlaluan.

“Apabila anda lihat semua perkara yang berlaku, untuk memikirkan Cristiano tidak boleh bermain lima perlawanan bersama kami… ia menyebabkan anda terlalu marah,” kata Zidane. – AFP

Kategori