Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penganggur Didenda Cuba Curi...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didenda RM2,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah...

UMNO Tiada Kaitan Serangan...

KUALA LUMPUR - UMNO tidak mempunyai sebarang kaitan dengan insiden kekecohan dan huru-hara...

Penyertaan Malaysia Dalam BRICS...

Rembau : Hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS (Brazil, Russia, India,...

3 Ditahan Terlibat Kes...

BALIK PULAU - Tiga individu termasuk sepasang kekasih yang dipercayai terlibat dalam kegiatan...

Dalang Utama Pengedar Dadah Di Bintulu Ditangkap

MIRI – Polis berjaya menangkap seorang suspek lelaki rakyat tempatan yang dipercayai menjadi dalang pengedaran dadah jenis syabu di Bintulu semalam.

Ketua Polis Bintulu Supt Zailanni Amit berkata suspek berusia 33 tahun ditahan bersama rakannya yang juga seorang lelaki rakyat tempatan, berusia 21 tahun, di kawasan perumahan Taman Putera Jalan Sibiyu, Bintulu.

“Suspek berperanan sebagai dalang utama merekrut orang tempatan dan warganegara asing menjadi pengedar dadah di Bintulu,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zailanni berkata suspek pada mula bertindak agresif serta enggan bekerjasama namun berjaya ditangkap oleh polis ketika serbuan dibuat.

“Turut dirampas dadah jenis syabu yang diletak di dalam 17 alat penyedut minuman kecil dan besar bernilai RM1,200,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

Kategori