Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Telan 40 Bilah...

MENGEJUTKAN….seorang lelaki, Jarnail Singh, 42 tahun, terpaksa dibedah selepas dia menelan pisau disebabkan...

Pengarah Syarikat Direman Kes...

GEORGE TOWN - Seorang pengarah syarikat ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan...

Pemimpin Bertaraf ‘Lebai’ Percaya...

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Kedah, Ridzwan Abu Bakar...

25 Maut Dalam Serangan...

HAMMURIYEH - Serangan udara di sebuah kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ghouta...

DAP Cuma Perlu 10% Lagi Undi Melayu Tawan Malaysia

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa hanya memerlukan 10 peratus lagi undi kaum Melayu untuk membolehkan DAP dan Pakatan Harapan merampas pemerintahan negara.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jika sasaran itu dicapai maka DAP bersama-sama Pakatan Harapan akan membentuk kerajaan Persekutuan dengan 113 kerusi Parlimen.

“Bagaimanapun, jumlah undi Melayu itu tidak cukup untuk Pakatan Harapan menawan kerajaan Kelantan dan Terengganu kerana pengundi bukan Melayu di dua negeri itu tidak ramai.

“Ia bermakna (pembangkang) perlu memberi fokus kepada pengundi Melayu di kedua-dua negeri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Kit Siang berkata, cabaran utama untuk DAP dan Pakatan Harapan mendapatkan undi 10% kaum Melayu tersebut adalah dengan memastikan kaum Melayu menolak PAS.


Kata beliau, PAS zaman ini bukan PAS di zaman kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat maka beliau percaya kaum Melayu tidak akan mengundi PAS. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

Kategori