Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Jijiknya.. Bila Telinga...

Apa perasaan anda jika dapat tahu, ada hidupan lain 'menumpang' anggota badan anda...

Sedih, Kucing Melly Goeslaw...

KUCING sememangnya menjadi haiwan peliharaan kegemaran manusia, termasuklah Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Oleh itu,...

RM400 Untuk Sebiji Donat,...

DUNIA ini kalau diperhatikan memang banyak benda pelik-pelik. Sebagai contoh donut bersalut emas. Donut ini...

Kontrak Neelofa Bersama Bank...

DESAS-DESUS bertiup kencang sejak semalam mengatakan kononnya kontrak pengacara, Neelofa sebagai Duta Kad...

Datuk Seri, Datuk Ditahan Kes Pelaburan Bookcoins

SHAH ALAM – Polis Selangor menahan dua ahli perniagaan bergelar ‘datuk seri’ dan ‘datuk’ di Kuala Lumpur pada Khamis lalu (3 Ogos), kerana dipercayai mendalangi kegiatan penipuan skim pelaburan cepat kaya ‘Bookcoins’ membabitkan kerugian RM2.1 juta.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata kedua-dua lelaki berumur 40-an itu ditahan kira-kira 11 pagi, selepas pihaknya membuat serbuan di dua buah rumah mewah di kawasan Desa Park City, Kuala Lumpur.

Menurutnya, tangkapan itu adalah hasil empat laporan polis yang dibuat awal bulan ini berhubung kegiatan penipuan skim pelaburan itu yang dikenalpasti bergiat aktif sejak pertengahan 2016.

“Siasatan polis mendapati mangsa telah diperdaya untuk menyertai Bookcoins dengan dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak satu peratus setiap hari sehingga mencapai 30 peratus sebulan dari jumlah wang yang telah dilaburkan.

“Terdapat tiga pakej yang ditawarkan oleh skim pelaburan ini iaitu pakej 10,000 USD (pakej emas), pakej perak 1,000 USD, dan pakej gangsa 100 USD.

“Mangsa-mangsa yang telah melabur antara RM100,000 ke RM500,000 tidak mendapat pulangan sepertimana yang dijanjikan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mazlan berkata, turut dirampas ketika serbuan itu ialah pelbagai jenis matawang berjumlah kira-kira RM1.06 juta dan barangan antaranya, 17 jam pelbagai jenama, dua unit telefon bimbit, 35 buah beg tangan pelbagai jenama, satu komputer riba, 26 cek buku pelbagai akaun, 16 keping ‘silver bar’ serta dua buah kereta mewah jenama Porsche Macan dan Toyota Vellfire, kesemuanya bernilai RM1.05 juta (nilai barangan).


Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal seramai 200 individu di sekitar Lembah Klang telah menyertai skim pelaburan itu, namun sehingga kini pihaknya hanya menerima laporan polis daripada empat mangsa.

“Suspek juga dipercayai adakan seminar atau taklimat mengenai cara mendapat pulangan daripada pelaburan Bookcoins. Mangsa-mangsa ini menyedari ditipu selepas mereka diberi kata laluan untuk melihat aliran pulangan yang diperolehi di website, namun selepas setahun mereka gagal mendapat wang hasil daripada pelaburan itu,” katanya.

Menurut Mazlan kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau dalam pada itu turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan seperti Bookcoins yang memberi janji palsu kononnya pelabur akan menikmati kekayaan dengan cepat. – BERNAMA

Kategori