Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

“Pulanglah Ke Pangkuan Keluarga,”...

BALING - Walaupun anak kesayangannya berada jauh di bumi bergolak Syria, ia tidak...

Polis Tahan Warga Pakistan...

KUANTAN - Polis menahan seorang warganegara Pakistan yang mengutip derma tanpa kebenaran Jabatan...

Syed Saddiq Mohon Maaf...

KUALA LUMPUR : "Saya dengan rendah hati memohon maaf", pinta Ahli Parlimen Muar,...

Tetak Kepala Bapa Dengan...

KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku tidak salah atas tuduhan menetak bapanya di...

Demam Gagal Halang Aaliyah Tuai Emas Luncur Air

PUTRAJAYA – Aaliyah Yoong Hanifah mengetepikan masalah kesihatan untuk muncul pemenang emas acara keseluruhan ski air wanita Sukan SEA Ke-29 di Pusat Rekreasi Air Putrajaya, hari ini.

Meskipun terganggu akibat demam, dia masih lagi cemerlang untuk unggul dua pusingan membabitkan tiga disiplin iaitu slalom, tricks dan jump sekali gus mempertahankan emas dimenanginya di Singapura, dua tahun lalu.

Aaliyah beraksi konsisten dalam disiplin kegemarannya, iaitu tricks, dan selepas membuat cubaan kali ketiga dalam disiplin terakhir (jumps), dia mengesahkan kedudukannya selaku pemenang emas bagi acara keseluruhan.

Atlet berusia 14 tahun itu menghimpunkan keseluruhan 2,678 mata menerusi slalom (803.03), tricks (1,000) dan jumps (875.86).

Pingat perak pula dimenangi oleh atlet dari Indonesia, Nur Alimah Priambodo dengan 1,874 mata manakala gangsa menjadi milik senegaranya, Rossi Amir, dengan 1,232 mata.

“Saya terpaksa mengambil suntikan malam tadi untuk mengawal demam saya ini agar saya dapat bertanding. Saya sungguh gembira dengan emas ini, lebih-lebih lagi ramai yang berada di sini untuk memberikan sokongan.


“Terima kasih juga kepada semua, termasuk pihak ISN (Institut Sukan Negara) yang banyak membantu saya untuk meraih pingat emas ini,” kata Aaliyah.

Sementara itu, adiknya, Aiden Yoong Hanifah, terpaksa tarik diri daripada acara keseluruhan lelaki selepas alami demam panas. Namun, dia dijangka menyertai acara tricks individu pada Selasa dan Rabu ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori