Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hutang Kerajaan Bukan Di...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan kekeliruan dan fitnah...

Jawatankuasa Royalti Kelantan Urus...

KOTA BHARU - Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan akan menguruskan hal-hal berkaitan tuntutan, pembayaran...

Gitaris Ukays, Akel Zainal,...

BERITA bahawa bekas pemain gitar kumpulan Ukays, Akel Zainal kini salah seorang daripada...

PKPD Simpang Renggam Tamat...

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu...

‘Dendam Aurora Last Saya Pegang Pelakon Wanita’

PELAKON berbakat besar, Ungku Ismail Aziz sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia enggan menerima mana-mana tawaran lakonan yang memerlukannya untuk memegang pelakon wanita.

Namun begitu, demi menjayakan wataknya dalam drama Dendam Aurora, Ungku Ismail terpaksa mengenepikan prinsipnya itu bila mana skrip drama tersebut menuntutnya berbuat demikian.

Tapi menurut Ungku Ismail, Dendam Aurora merupakan naskhah terakhir yang ‘membolehkannya’ bersentuhan dengan pelakon wanita, kerana selepas ini dia akan stick semula dengan prinsip yang sudah ditetapkannya itu.

“Memang selama ini saya elak babak bersentuhan dan berpeluk kerana bagi saya ia tidak perlu. Cukuplah sekadar menunjukkan reaksi mesra saja.

“Bagaimanapun, untuk drama ini, saya terpaksa kerana kisahnya berbeza daripada drama yang pernah saya lakonkan.

“Malah apabila meneliti skrip memang banyak adegan intim yang perlu saya lakukan namun masih menjaga batasan dan sesuai dengan tontonan masyarakat kita,” katanya, lapor Harian Metro.


Drama Dendam Aurora yang diarahkan Feroz Kader dan Riza Baharuddin menggandingkan Ungku Ismail dengan Nabila Huda.

Ia mula ditayangkan sejak 19 Julai lalu menerusi saluran Astro Prima dan Maya HD.

Ungku Ismail sebelum ini popular menerusi lakonan cemerlangnya dalam drama Teman Lelaki Upahan, yang mana mengandingkannya dengan pelakon serba boleh, Siti Elizad. – MYNEWSHUB.CC

Kategori