Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Korea Selatan Perintah...

SEOUL: Mahkamah Korea Selatan hari ini memerintah kerajaan memberi pampasan kepada mangsa kekejaman...

Penyanyi Rock, Awie Dapat...

TAHNIAH... Penyanyi rock vokalis kumpulan Wings dan pelakon terkenal, Awie dikurniakan Darjah Indera Mahkota...

Ada Kedai Jual Barangan...

AKHBAR berbahasa Inggeris tempatan, The Star dalam laporannya pada Jumaat mendedahkan terdapat sebuah kedai...

Cabul Pesakit Lelaki: Doktor...

SEORANG doktor nyaris disebat selepas didapati bersalah kerana mencabul kehormatan rakan sekerjanya yang...

Terengganu Catat Penurunan Mendadak Denggi

KUALA TERENGGANU – Kes demam denggi di Terengganu merekodkan penurunan mendadak iaitu hanya 215 kes setakat 20 Ogos lepas berbanding 1,691 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2016.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohammad Omar berkata kejayaan cemerlang itu adalah hasil kerjasama jabatan dengan semua pihak terutama pihak berkuasa tempatan (PBT), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta komuniti di sekitar kawasan wabak.

“Sepanjang tahun ini juga, kita hanya merekodkan satu kematian akibat demam denggi iaitu di daerah Besut dan jumlah itu sangat kecil berbanding 13 kematian yang direkod dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Sepanjang tempoh wabak berlaku, banyak gotong-royong dilakukan dengan fokus utama untuk mencari dan memusnahkan tempat berpotensi menjadi pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan bulan kemerdekaan peringkat jabatan dan majlis meraikan 44 kakitangan yang lahir pada tarikh keramat 31 Ogos.


Daerah Kuala Terengganu mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 67 kes, diikuti Besut (50), Dungun (28), Kemaman (21), Kuala Nerus dan Marang masing-masing 15 kes, Setiu (11) dan Hulu Terengganu (lapan).

Walaupun kes demam denggi menunjukkan penurunan mendadak, Dr Mohammad berkata rakyat Terengganu perlu lebih berhati-hati kerana trend demam denggi kebiasaannya akan meningkat bermula bulan Oktober sehingga Disember.

“Jadi, kita tidak boleh leka dengan zon selesa ketika ini. Pembersihan perlu dilakukan secara konsisten agar komuniti setempat tidak lagi menjadi lokasi wabak denggi seterusnya,” katanya. – BERNAMA

Kategori