Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Amuk Di Hospital Angkara...

CHICAGO - Seorang lelaki yang berang selepas tunangnya membatalkan perkahwinan mereka bertindak menembak...

Media Prima Lantik Ismee...

KUALA LUMPUR – Media Prima Bhd telah melantik Tan Sri Ismee Ismail sebagai...

Jamal Abdillah Mimpi Arwah...

Akhirnya impian Raja Pop untuk mengerjakan ibadah haji terlaksana pada usianya mencecah 55...

LRT3 Pun Ada Isu...

KUALA LUMPUR – Ketika isu kehilangan pekerjaan membelenggu pekerja projek Transit Aliran Massa...

Dibelasah Anak Kekasih, Orang Awam Cuma Lihat Saja

CHINA – Akibat berang dengan hubungan ibu bapa yang makin menghampiri fasa penceraian, seorang lelaki sanggup membelasah kekasih gelap bapanya.

Kejadian berlaku di tengah kekesakan jalan raya di kawasan Henan dan cuma disaksikan sahaja oleh orang awam.

Media Shanghaiist telah melaporkan bahawa video ini mula viral di media sosial. Kelihatan lelaki tersebut menarik rambut dan mengheret wanita itu yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an itu ke tengah jalan dan membelasahnya dengan teruk.

Mangsa telah ditumbuk di perut dan kepalanya ditampar berulang kali sambil dihembuskan dengan kata-kata kesat oleh anak lelaki kekasihnya itu.

Orang awam di sekeliling cuma memerhatikan insiden itu tanpa cuba untuk menghalang atau membantu. Mereka seakan-akan kaku dan hanya meneruskan perjalanan seperti tiada apa-apa yang berlaku.


Menurut saksi, wanita itu dibelasah kerana dipercayai menjadi kekasih gelap bapanya dan menjadi punca kedua ibu bapanya akan bercerai tak lama lagi.

Namun, tiada laporan lanjut mengenai kes ini dan pihak polis juga masih lagi menyiasat tentang kejadian ini dan motif masih belum dikenal pasti. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori