KESIAN Datuk Seri Vida (DSV) merintih kecewa apabila dituduh desparado atau gila nak berlaki.
Ini tanggapan liar lelaki yang suka bergosip di media sosial. Penggosip jenis ini suka belasah apa saja yang mereka nak. Konon hebatlah sebab berani cela dan bantai orang.
DSV aset. Dia wanita usahawan. Seperti Siti Khatijah. Dia janda melengkapi status Siti Khatijah sebelum dikahwini Nabi Muhammad.
Dia manis dan manja, aset terbaik bagi lelaki yang mencari wanita pendamai dan penyeri rumah tangga.
Sebelum itu kita dengar balik apa kata DSV:
“Nak populariti ke? Ingat saya gatai sangat ke nak laki? Saya nak fokus bisnes saya la…kalau ada jodoh pun, saya nak yang sanggup hidup dengan saya, bukan setahun dua je…tapi yang boleh didik anak…aturkan bisnes saya…bukan senang,” ujarnya menerusi laman Instagram.
Dia mahukan lelaki kacak. Apa salahnya. Nabi Muhammad lelaki kacak dan muda ketika Siti Khadijah jatuh cinta padanya.
DSV mahukan bukan saja kacak tetapi beragama dan dapat membimbingnya mengharung jalan agama.
Apa yang diingini DSV adalah impian Siti Khadijah. Jadi, kenapa nak kutuk dan maki wanita usahawan ini?
Lelaki sejati yang menyintai agama akan menerima keinginan DSV sebagai positif. Dia meniaga dan punya harta. Dia mahukan lelaki soleh agar dirinya menjadi solehah. Dia mahukan lelaki bermata kelabu kerana itu fitrah dirinya pada ketampanan lelaki.
Pada lelaki kacak dan soleh, pilihlah DSV. Bimbing dia ke jalan Allah dan jadikan dia usahawan yang menyumbang harta demi Islam dan Allah.
Menawarkan diri pada lelaki kacak dan soleh, bererti menawarkan diri pada agama. Sudah pasti suami yang soleh akan membawa DSV dan kekayaannya demi Islam dan Allah. – MYNEWSHUB.CC