Tuesday, September 17, 2024

Creating liberating content

Anak Tiri Siti Nurhaliza,...

ANAK tiri Datuk Siti Nurhaliza, Mohd Adib Datuk Seri Khalid dilantik sebagai Ketua...

Seorang Inspektor Penjara Minta...

KANGAR - Seorang Inspektor Pusat Koreksional Perlis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Tahap Kepatuhan Tinggi, Rakyat...

KUALA LUMPUR - Kadar pematuhan rakyat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang...

MARA Beli 3 Bangunan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa Majlis...

Dua Tahun Bayi Ini Duduk Dalam Car Seat ‘Penyeksaan’

SEORANG kanak-kanak telah menderita kesakitan setiap kali dia diletakkan di car seat ketika mengikuti ibu bapanya keluar berjalan-jalan.

Pada mulanya ibu bapa kanak-kanak Britain ini cuma menyangka bahawa bayinya itu mengalami ‘mabuk kereta yang kronik’.

Tetapi apabila diteliti, rupa-rupanya bayi itu telah ‘ditusuk’ dengan plastik tajam sejak dua tahun lalu. Sebab itu lah setiap kali dia duduk di car seat itu, dia akan menangis dan meronta-ronta.

Ibunya, Nichola Griffiths, 42, berkata setiap kali anaknya itu duduk di kerusi itu, dia akan meronta dan berasa sangat tidak selesa serta tidak mahu berada di dalam kenderaan.

Malah, bayi itu juga pernah jatuh sakit akibat kesakitan yang dialaminya selama dua tahun itu. Akhirnya Griffiths dan suaminya, Nigel, 52, telah menemui lebihan plastik tajam.

Ia kelihatan seolah-olah seperti paku di sebalik alas car seat tersebut. Mereka telah membeli kerusi bayi yang berjenama Britax Black Prince denga harga ÂŁ79.99 iaitu RM442.

“Saya sangat terkejut selepas meletakkan Max, kali ini tanpa baju, di dalam tempat duduknya itu mendapati terdapat kesan merah hampir berdarah di bahagian belakang badannya.”

Dia berasa sangat kesal kerana selama ini, anaknya seolah-olah duduk di atas ‘kerusi penyeksaan’. Pada 18 Julai lalu, mereka telah meletakkan bayi itu di atas car seat tersebut tanpa memakai baju kerana cuaca sangat panas.

“Selama ini dia bersandar di atas plastik tajam, bayangkan jika berlaku insiden dan plastik tajam itu tertusuk ke tulang belakangnya,” katanya yang berang dengan kualiti tempat duduk bayi itu.


“Kami ingatkan dia disengat lebah tapi kami tak jumpa pun serangga berkenaan dalam kereta,” katanya lagi dipetik dari Harian Metro.

Sejak kejadian itu, mereka telah pergi ke kedai yang menjual car seat itu dan menemui jujurual serta terus berurusan dengan syarikat Britax.

Syarikat tersebut juga telah menggantikan car seat sementara yang baharu kepada mereka sebelum membaiki kerusi bayi yang lama itu.

“Sejak menggunakan kerusi sementara itu, Max sangat gembira berada di tempat duduknya,” katanya.

Walaupun syarikat itu telah membaiki car seat itu, tetapi Griffiths dan Nigel tetap tidak lagi mempercayai jenama berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

*Video sekadar hiasan…

Kategori