KHARTOUM – Duta Rusia ke Sudan, Mirgayas Shirinsky, ditemui mati di kolam renang di kediamannya, dekat sini.
“Duta Rusia itu meninggal dunia di kediamannya di Khartoum,” kata Kementerian Luar Sudan dalam satu kenyataan, tanpa memberi punca kematian.
Jurucakap polis, Omar al-Mokhtar, berkata Shirinsky ditemui mati di kolam renang kediamannya pada pukul 7.05 malam (waktu tempatan).
“Siasatan awal menunjukkan kematiannya adalah semula jadi,” katanya kepada AFP, memetik jurucakap kedutaan yang mengatakan ia berkemungkinan disebabkan oleh serangan jantung.
Agensi berita negeri Rusia RIA Novosti, turut melaporkan mengenai kematian diplomat veteran itu.
Setiausaha akhbar di kedutaan Rusia, Sergei Konyashin, berkata ada tanda bahawa duta besar itu mengalami serangan jantung. – AFP/BH ONLINE