Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Boleh Ke Sekolah Berpakaian...

KUALA LUMPUR - Murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai...

PRN Johor: Gelanggang DUN...

MUAR : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong menyaksikan pertandingan empat penjuru...

24,241 Kes Baharu Covid-19

Kuala Lumpur : Jumlah kes harian Covid-19 semalam menurun kepada 24,241 kes berbanding...

Banjir: ATM Buka Hospital...

PASIR MAS - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuka sebuah hospital barisan hadapan bagi...

Edika Yusof Korban Masa Demi Isteri Tersayang

SUAMI mana sanggup lihat isteri kesayangannya sakit dan tak dapat urus diri dan rumah tangga? Dan isteri mana pula sanggup lihat suaminya galas semua tanggungjawab keluarga seorang diri?

Tidak terkecuali Edika Yusof yang merupakan salah seorang pelakon Maria Mariana yang sedang menjaga isterinya, Norhidayah Yusri yang kini disahkan lumpuh selepas dua tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini dikurniakan seramai tiga orang cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.

Norhidayah dikatakan telah lumpuh tiga suku badan dan juga menghidapi strok sehingga dia tidak boleh bercakap, mendengar dan ingatannya juga turut terjejas akibat penyakit itu.

Kata Edika, 49, peristiwa seperti ini merupakan satu perkara besar yang pernah terjadi di dalam hidupnya selepas mendirikan rumah tangga.

Diakui juga Edika tidak dapat berfikir dengan baik apabila dia terpaksa menerima dugaan berat yang menimpa mereka berdua.

Kira pemikiran saya pun keliru juga dan saya terfikir kenapa semua ini terjadi pada saya dan saya rasa macam nak berkongsi dengan seseorang.

“Tapi satu sahaja jalan yang saya jumpa untuk berkongsi… Iaitu Allah, saya dapat hidayah daripada Nya untuk menempuh segala dugaan yang diberikan ini,” katanya ketika dihubungi oleh pihak Sinar FM.

Dia juga pernah mencapai tahap berasa putus asa tetapi apabila lihat keadaan isterinya, namun mula berasa bersemangat dan dia menjadi lebih kuat.


Edika juga dikatakan telah membotakkan kepalanya selama 12 tahun sehingga isterinya sihat semula. Mulia sungguh hati lelaki ini yang sanggup menjaga isteri tersayang.

Suami mithali ini juga tidak pernah lansung terfikir bahawa isterinya itu seorang kurang upaya (OKU) atau pun sedang menghidap lumpuh.

“Saya anggap isteri saya manusia biasa dan sempurna. Jadi sebab tu kadang-kadang dia pun tak sedar yang dia pun lumpuh.

“Ada juga kawan-kawan dan keluarga yang tanya kenapa saya tak cari lain je… Tapi jawapan saya tetap sama. Kalau saya kahwin lain pun, masalah ni takkan selesai. Saya bersyukur saya dapat berkahwin dengan isteri saya,” ulasnya lagi.

Takkan ada seorang pun isteri yang sanggup lihat suaminya menguruskan rumah tangga seorang diri tanpa dibantu oleh si isteri. Norhidayah juga pernah menyuruh Edika untuk berkahwin lain supaya ada orang dapat menjaganya.

“Saya pernah kata dekat dia, saya ambil awak dalam keadaan awak boleh berdiri, boleh berjalan. Kalau saya nak hantar balik, saya kena pastikan yang awak boleh berjalan dan berdiri.”

Ketika di akhir temu bual dengan Sinar FM, Edika sempat berpesan untuk dijadikan iktibar kepada suami yang lain supaya bersama-sama isteri ketika susah dan senang. Tanggung sama-sama suka dan duka perkahwinan itu. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori