Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kestabilan Politik Penting Demi...

KUALA LUMPUR - Exco kerajaan Selangor daripada DAP, Datuk Teng Chang Khim berkata...

Wanita Jadi Hamba, Terlalu...

MEXICO - Seorang wanita yang menjadi hamba zaman moden kepada sebuah keluarga sejak...

Pemilik Kedai Makan Rugi...

TAIPING - Seorang pemilik kedai makan kerugian kira-kira RM10,000 apabila sebahagian dapur dan...

Bekas Timbalan Ketua Polis...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Ismail...

eDrive DBKL Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia memberi kerjasama sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menyiasat berhubung isu aplikasi mudah alih trafik ‘eDrive’.

Datuk Bandar Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata pihaknya akan memberikan maklumat yang diperlukan kepada SPRM.

“Tidak ada apa yang kita nak selindung, saya tidak risau, cuma mereka (pengadu) tidak faham,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mhd Amin Nordin mengulas gesaan Anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini supaya SPRM menyiasat penghasilan aplikasi mudah alih trafik itu yang dipercayai menelan belanja sebanyak RM2.9 juta.

Katanya beliau pernah berjumpa dengan wakil rakyat itu tahun lepas dan menjawab isu yang sama.


“Mereka nak bandingkan aplikasi kami dengan aplikasi Aduan MPS (Majlis Perbandaran Selayang) yang mana skop kedua-dua aplikasi sangat berbeza. Kami memenuhi keperluan untuk seluruh bandar,” kata Mhd Amin.

Aplikasi ‘eDrive’ yang kini sedang diuji adalah sebuah aplikasi ‘perancangan perjalanan’ yang dihubungkan dengan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) sedia ada dan ia boleh dimuat turun di Google Play dan Apple App. – BERNAMA

Kategori