Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dira Tampil Selar Kenyataan...

SEBELUM ini Malaysia digemparkan dengan kenyataan bekas pelakon, Wardina Safiyyah menggesa semua pihak...

Kesilapan Yang Sering Dilakukan...

PEGUAM hartanah dan Presiden HartaGuam, Salkukhairi Abd Sukor telah berkongsi kesilapan yang sering dilakukan...

Ribuan Peserta Marathon Berlari...

NEW DELHI - Puluhan ribu pelari telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam maraton...

CAP Gesa Kekal Pengharaman...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengekalkan pengharaman rokok...

Eina Azman Beli Makanan Beri Pelarian Syria Makan

BAGI sesiapa yang follow akaun Instagram Datin Eina Azman pasti mengetahui yang baru-baru ini dia bercuti di Paris, Perancis bersama-sama keluarga.

Pergi bercuti di luar negara itu biasa, yang buat luar biasa apabila Eina dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden memberi makan kepada golongan yang dipercayai pelarian Syria yang berada di negara itu.

Eina berkongsi tentang insiden berkenaan menerusi laman Instagramnya kerana tersentuh dengan keadaan kanak-kanak dan wanita yang duduk di kaki lima dalam keadaan sejuk dan lapar.

“Setiap hari saya akan lalu kawasan Lafayetter dan Champ Elysees, saya akan nampak mereka (gelandangan) yang kebanyakannya orang Syria.

“Bayangkan kalau kita di tempat mereka? Bayangkan kalau anak-anak kita yang tidur di tepi kaki lima dalam keadaan sejuk,” tulisnya di Instagram.

Pasangan yang mempunyai dua cahaya mata kembar ini telah membeli 50 bungkusan makanan dan mengedarkan kepada mereka yang memerlukan di sekitar kawasan berkenaan.

Rata-rata netizen memuji tindakan spontan Eina sebagai sesuatu yang mulia dengan membantu dan menceriakan golongan yang kurang bernasib baik itu.

Eina turut menambah yang mereka tidak meminta-minta wang tetapi hanya mahu makanan kerana lapar.


“Mereka tidak minta wang tetapi cuma hendak makan. Ya Allah… Saya muat naik kisah ini sebab saya rasa sangat-sangat sebab saya pun ada anak kecil.

“Kalau kita tidak boleh beri wang, kita boleh tolong dari segi macam mana yang kita mampu, yang penting ikhlas!

“Ya Allah kalau kita rasa diri kita susah, ramai lagi yang hidup susah, bersyukurlah apa yang kita ada, jangan pernah ada rasa tidak bersyukur!” tulisnya lagi.

Eina juga menyifatkan keadaan ini membuatkan dia berasa insaf dan bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya kini kerana dia sedar ramai lagi orang yang memerlukan di luar sana.

Wajarlah Eina Azman dipuji netizen. Semoga lebih ramai lagi orang-orang yang melakukan kebaikan atas dunia ini. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori