Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bolt Raih Emas Ketiga...

RIO DE JENEIRO - Usain Bolt dari Jamaica mencipta sejarah apabila menang 100...

Instagram Nabil Digodam, Hilang...

SEJAK kebelakangan ini banyak akaun laman sosial para selebriti antarabangsa dan tempatan yang...

Ibu Lahir Rasa Syukur...

PUTRAJAYA - Maznah Adnan, ibu kepada seorang daripada rakyat Malaysia di Korea Utara...

Patung Lelaki Bogel Ditarik...

SATU arca seni yang memaparkan seorang lelaki berlutut dalam keadaan berbogel terpaksa ditarik...

Emas Malaysia ‘Dirompak’ Indonesia Protes AS$200

KUALA LUMPUR – Tindakan saat-saat akhir kem Indonesia membuat bantahan dengan pertaruhan sebanyak AS$200 (RM856) menyaksikan sebutir pingat emas Malaysia ‘dirompak’ negara jiran itu.

Ia sekali gus merencatkan keceriaan kem negara selepas atlet gimnas wanita negara, Tan Ing Yueh diumumkan secara rasmi oleh panel pengadil sebagai pemenang pertama acara batang titian dengan catatan 13.100 mata.

Mujur pasukan Malaysia lebih bersemangat kesukanan dan menerima protes Indonesia sebelum keputusan tersebut akhirnya diubah semula dan emas kemudian terpaksa diserahkan pula kepada gimnas negara itu, Rifda Irfanaluthfi.

Deposit AS$200 itu sebenarnya merupakan caj untuk semakan semula mata perlawanan dan lazimnya digunakan oleh mana-mana pasukan untuk meluahkan bantahan atas pertikaian jumlah mata yang diperoleh pemain lawan.

Dalam pada itu, Ing Yueh ketika ditemui pemberita enggan memanjangkan isu kontroversi itu namun hanya mampu berkata “Maaf jurulatih. Saya sudah memberikan yang terbaik. Itu saja yang boleh saya lakukan.”

Ing Yueh yang sepatutnya ceria meraih pingat emas, namun kejayaan itu ‘disamun’ kontinjen Indonesia apabila mereka memprotes sekali gus menyaksikan atlet negara berusia 21 tahun itu hanya sekadar meraih pingat perak.

Lebih menyedihkan lagi, meskipun keputusan rasmi sudah dikeluarkan dan Ing Yueh telah dinobatkan sah selaku pemenang pingat emas acara berkenaan dengan catatan 13.100 mata, namun Indonesia melakukan protes.

Pengiraan semula menyaksikan emas dianugerahkan kepada Rifda dengan 13.125 mata. Namun, atlet kelahiran Melaka itu kekal tenang waima situasi itu menafikan peluang raih emas ketiga dalam acara artistik temasya kali ini.

Sebelum ini, Ing Yueh cemerlang mengungguli acara melombol wanita individu dan acara gimnastik artistik berpasukan bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di ibu negara.


“Memang sedih kerana perkara sebegini berlaku tetapi saya harus memandang ke hadapan. Ini memberikan saya pengajaran besar. Saya anggap semua ini sebagai pengalaman yang akan mematangkan saya.

“Saya terima keputusan ini kerana saya akui ada melakukan sedikit kesilapan ketika gelanggang. Kesilapan kecil itu yang mungkin menjadi perbezaan dengan pemenang pingat emas,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam masa sama, Ing Yueh turut berpuas hati dengan pencapaiannya pada temasya kali ini selepas berjaya merangkul dua pingat emas dan satu pingat perak untuk disumbangkan kepada kontinjen negara.

“Saya sendiri tidak menyangka dapat mengutip tiga pingat apatah lagi dua emas kerana sasaran utama adalah pingat emas bagi acara gimnastik artistik berpasukan saja.

“Selepas berjaya rangkul pingat emas dalam acara berpasukan, saya rasa kejayaan itulah yang jadi pembakar semangat untuk saya meneruskan momentum bagi acara individu,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori